Sekolah Sultan Alam Shah juara Pertandingan Choral Speaking Kebangsaan 2018

Sekolah Sultan Alam Shah juara Pertandingan Choral Speaking Kebangsaan 2018

KUALA NERUS 15 Mei – Sekolah Sultan Alam Shah muncul juara dalam pertan­dingan Choral Speaking Pe­ringkat Kebangsaan 2018 dalam persaingan sengit yang berla­ngsung di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini kelmarin.

Diwakili kumpulan 25 pelajar­nya, mereka memperlihatkan persembahan yang cukup menarik untuk dipilih sebagai yang terbaik, sekali gus membawa pulang Piala Naib Canselor UMT di samping RM1,500, plak dan sijil.

Dalam persaingan melibatkan sembilan buah sekolah yang menjadi johan di peringkat zon masing-masing, tempat kedua disandang oleh Sekolah Menengah (SM) Sains Tuanku Muhammad Faris Petra, manakala SM Sains Sultan Iskandar pula di tempat ketiga.

Turut serta dalam pertan­dingan tersebut ialah SM Sains Sultan Muhammad Jiwa; SM Sains Machang; Sekolah Seri Pu­teri, Cyberjaya; SM Sains Muzaffar Syah; SM Sains Kubang Pasu dan SM Sains Miri.

Penganjuran pertandingan ini mendapat kerjasama Kementerian Pendidikan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM).

Dalam penganjuran kali ini, UMT mengetengahkan tema Clean Our Ocean bagi membangkitkan kesedaran kepentingan menjaga dan memulihara kelestarian laut dan biodiversiti sempena sambutan Hari Lautan Sedunia yang disambut pada 8 Jun setiap tahun.

Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar dalam ucapannya berkata, pertandingan ini bukan sahaja dapat memberi pendedahan berkaitan kepenti­ngan melindungi biodiversiti marin, malah turut memperkasakan tahap penguasaan bahasa Ing­geris dalam kalangan pelajar.

“Secara tidak langsung memperkenal dan mendekatkan UMT sebagai universiti awam yang menawarkan bidang sains kelautan kepada para pelajar, di samping menyemai minat dan kecende­rungan mereka untuk melanjutkan pengajian dalam bidang berkenaan serta memilih kerjaya kelak,” ujarnya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wilayah/terengganu/sekolah-sultan-alam-shah-juara-1.673497#ixzz5FjCNuFs7
Sumber Gambar:

Contact Us

Education Performance and Delivery Unit (PADU)
Level 3, Block E9, Complex E Precint 1
Federal Government Administrative Centre
62604 Putrajaya
Malaysia

03-88881001

03-88881146

info@padu.edu.my