Iklan kempen Malaysia Membaca dilancar di seluruh pawagam

Iklan kempen Malaysia Membaca dilancar di seluruh pawagam

KUALA LUMPUR 3 Mei – Kementerian Pendidikan melancarkan iklan kempen ‘Malaysia Membaca’ di pawagam seluruh negara yang bertujuan meningkatkan minat membaca dalam kalangan rakyat.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, pihak kementerian berusaha keras demi memastikan semua murid memperoleh pengetahuan dan berpeluang untuk berjaya menerusi aktiviti pembacaan.

“Selaras dengan hasrat itu, kementerian telah melancarkan kempen Dekad Membaca Kebangsaan 2030 yang menyasarkan lebih banyak karya penulisan agung diterjemah ke dalam bahasa Melayu.

“Selain menjadikan budaya membaca menerusi rangkaian saluran popular serta menyasarkan penerbitan nasional kepada 31,700 judul menjelang 2030 berbanding 19,713 judul pada 2017,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ucapan pelancaran iklan tersebut di pawagam TGV, Pusat Beli Belah Jaya, Petaling Jaya dekat sini hari ini.

Kempen agenda membaca itu turut dijayakan bersama Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (Padu).

Dalam majlis sama, Maszlee berkata, pihak kementerian menjalinkan kerjasama korporat bersama penaja MPH Bookstores bagi menderma bahan bacaan kepada dua rumah anak yatim.

Bahan bacaan bernilai RM1,000 disumbangkan kepada Yayasan Anak-Anak Yatim Pinggir Taman Tun Dr. Ismail dan Pusat Komuniti Triniti

Contact Us

Education Performance and Delivery Unit (PADU)
Level 3, Block E9, Complex E Precint 1
Federal Government Administrative Centre
62604 Putrajaya
Malaysia

03-88881001

03-88881146

info@padu.edu.my