Guru perlu saling menyokong antara satu sama lain, sentiasa perbaiki diri dan hasilkan inovasi

Guru perlu saling menyokong antara satu sama lain, sentiasa perbaiki diri dan hasilkan inovasi

GURU di negara ini perlu bergerak dalam satu pasukan, saling menyokong antara satu sama lain dan paling penting perlu ada keinginan  untuk sentiasa  memperbaiki diri, menambah baik dan sentiasa berinovasi Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata, negara luar melihat guru Malaysia sangat hebat hinggakan Arab Saudi menghantar guru-guru mereka ke negara ini untuk dilatih dan mempelajari apa yang guru kita buat.

Di bawah inisiatif Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21), KPM telah mengenal  pasti 100 guru Adiwira PAK21 yang banyak melakukan inovasi dan kreativiti demi mendidik murid-murid mereka.

100 guru ini telah dilantik dan diraikan dalam Program Edufluencers anjuran KPM ini, Melalui program ini, KPM berharap akan dapat mengenal pasti lebih ramai lagi guru-guru kreatif sebegini dan mewujudkan satu komuniti guru yang Bergerak Dalam Satu Pasukan Guru perlu saling menyokong antara satu sama lain, sentiasa perbaiki diri dan hasilkan inovasi saling bantu-membantu dalam memartabatkan profesionalisme keguruan.

“Dengan adanya program ini, saya percaya …we are on the right path and we can have a brighter future for Malaysia.

Menurut Menteri Pendidikan, kita perlu menonjolkan kehebatan guru-guru  ini kerana ramai tidak tahu usaha dan inisiatif yang dilakukan oleh mereka. Jika sebelum ini mereka tidak diberi ruang untuk memasarkan bakat mereka hingga dilemparkan dengan komen-komen negatif, kini mereka boleh menyebarluaskan kebolehan mereka dengan adanya platform ini di mana mereka boleh bergerak bersama.

“Saya yakin dengan bakat yang ada pada guru-guru ini semua kita, boleh  lakukan miracle.” katanya.

Beliau berkata demikian dalam pertemuan dengan 100 guru yang telah dilantik sebagai Edufluencers bagi KPM di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Mereka merupakan kumpulan guru yang akan saling berkongsi amalan terbaik di samping  menyebar luas maklumat berkaitan pendidikan yang sahih.

Harapan Dr Maszlee, pada tahun 2030, Malaysia akan menjadi contoh  kepada dunia dari segi sikap, pemikiran sivik, kehebatan guru, dan sistem pendidikan.

” Dream is very important in our life. Namun, sekiranya seseorang itu tidak  mempunyai impian, mereka akan membataskan potensi sebenar mereka dalam mencapai atau mengejar impian mereka,” katanya.

Justeru kata beliau, guru perlu memainkan peranan dalam memastikan  setiap murid menanam impian dan keyakinan bahawa tiada yang mustahil dalam merealisasikan impian mereka.

 

Artikel penuh: https://www.gpsbestari.com/artikel/rencana/guru-perlu-saling-menyokong-antara-satu-sama-lain-sentiasa-perbaiki-diri-dan-hasilkan-inovasi-1.931275?fbclid=IwAR1O4ZEgUxalRiee0tY5K24SXmo1EvG0UHFKgU26JCd9Utf5c66fOal61iU