Gong daripada tong dram iringi kejayaan emas Sekolah Seni Perak di Beijing

Gong daripada tong dram iringi kejayaan emas Sekolah Seni Perak di Beijing

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) — Alat muzik yang dimainkan adalah barang-barang yang dikitar semula, tetapi hasil kreativiti pelajar dan guru-guru Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMP), Sungai Siput itu berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Persembahan teater ‘Mek Mulung-Hikayat Puteri 12 Beradik’ yang diiringi pukulan dua biji gendang dan gong yang diperbuat daripada tong dram, berjaya meraih emas di China Youth Spring Festival Gala Night & Global Youth Talent 2019, Sabtu lepas.

Guru Penolong Kanan Kesenian SSeMP Zuraini Abdullah berkata persembahan berdurasi lima minit oleh pelajar-pelajar teater Tingkatan Dua dan Tingkatan Tiga SSeMP itu diakui amat membanggakan walaupun kekurangan peralatan dan dana.

Artikel Penuh: http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1689595
Gambar: BERNAMA