36 terima Anugerah Pelajar Cemerlang STEM ExxonMobil

36 terima Anugerah Pelajar Cemerlang STEM ExxonMobil

KUALA TERENGGANU 25 Mac – Seramai 36 orang lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah harian di negeri ini menerima Anugerah Pelajar Cemerlang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) ExxonMobil 2017 hari ini.

Masing-masing yang yang turut mencatatkan pencapaian terbaik dalam mata pelajaran   matematik tambahan, fizik, biologi dan kimia melayakkan mereka  menerima wang tunai RM1,500 sseorang dan sijil.

Pengurus Besar Hal Ehwal Awam  dan Kerajaan Subsidiari-subsidiari ExxonMobil di Malaysia, Sukiman Mohamed berkata, anugerah itu adalah seiring dengan usaha  syarikat  untuk memupuk dan meningkatkan bakat muda dalam sains, matematik, teknologi dan inovasi.

“Sebagai tanda komitmen berterusan dalam menjayakan salah satu tanggungjawab sosial korporat kami terhadap pembangunan pendidikan di negeri ini, sebanyak RM75,000 diperuntukkan tahun ini bagi menjayakan program berkenaan,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika menghadiri majlis penyampaian anugerah itu yang disempurnakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankusa Pendidikan, Sains Teknologi dan Transformasi Kerajaan negeri, Bazlan Abdul Rahman di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Pengarah Pendidikan negeri, Matsor Ismail.

Sukiman berkata, pada tahun ini ExxonMobil memperuntukkan kira-kira RM500,000 kepada Terengganu melalui program tanggungjawab sosial korporat bagi  melaksanakan pelbagai program pendidikan dan kemasyarakatan.

Sempena dengan majlis itu juga, empat sekolah harian terbaik STEM yang memperoleh prestasi A turut menerima ganjaran sebanyak RM2,000 dan sijil.

Ini termasuklah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK)  Rusila, Marang dalam mata pelajaran matematik tambahan, SMK Tengku Lela Segara, Marang (Fizik), SMK Bukit Sawa, Marang (Kimia) di samping SMK Sultan Omar, Dungun (Biologi)

Selain itu, SMK Tengku Lela Segara  menerima Anugerah Sekolah Menengah Harian Terbaik Keseluruhan STEM 2017 dengan hadiah wang tunai RM3,000 manakala dan Daerah Kemaman menerima Anugerah Daerah Pperningkatan Tertinggi Calon STEM 2017 menerima wang tunai RM2,000 dan sijil.

Dalam majlis itu, Bazlan turut melancarkan Modul Intervensi Pembelajaran Ujian Pencpaian Sekolah Rendah (UPSR), Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dan SPM.

Kira-kira 60,000 unit bahan pembelajaran tersebut akan dicetak dan  diagihkan  kepada bakal calon  pada  hujung bulan ini atau awal April depan.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/36-terima-anugerah-pelajar-cemerlang-stem-exxonmobil-1.634754#ixzz5Auo3v1X7
Gambar: Utusan Online

Contact Us

Education Performance and Delivery Unit (PADU)
Level 3, Block E9, Complex E Precint 1
Federal Government Administrative Centre
62604 Putrajaya
Malaysia

03-88881001

03-88881146

info@padu.edu.my