Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) ditubuhkan pada 20 Mac 2013 sebagai sebuah unit di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Peranan utama PADU ialah untuk memudah cara, menyokong, dan merealisasikan visi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mentransformasikan sistem pendidikan Malaysia melalui kejayaan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PADU juga akan bekerjasama dengan Kementerian untuk membangunkan pelan tindakan pemulihan bagi memastikan penambahbaikan berterusan terhadap kualiti sistem pendidikan di Malaysia.

Unit ini akan memastikan keberkesanan penyampaian strategi, mengawal selia pelaksanaan, mengurus saling bergantungan, dan memperkenalkan pendekatan baharu yang bertujuan untuk mendorong sistem pendidikan Malaysia menjadi lebih berdaya saing pada peringkat global.

Sepanjang proses pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Kementerian akan sentiasa memaklumkan kemajuan pelaksanaan dan perjalanan pelan transformasi ini kepadasemua rakyat. Untuk memantapkan dan memastikan segala inisiatif dalam Pelan ini dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan, Kementerian akan mewujudkan Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) untuk menyokong pelaksanaan program transformasi ini. Kementerian juga akan berkongsi kemajuan transformasi menerusi laporan tahunan yang memberikan tumpuan kepada pencapaian dan jurang yang mash wujud, dengan tindakan pemulihan untuk memastikan peningkatan secara berterusan setiap inisiatif transformasi.
Sumber: Muka Surat 4 , PrakataPelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Visi & Misi

Objektif PADU

Lembaga Pemegang Amanah

Pengurusan Tertinggi

Kakitangan PADU