SESI PENILAIAN AKHIR TAHUN INISIATIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) TAHUN 2018 DAN MAJLIS PENYAMPAIAN MANDAT DAN WATIKAH PELANTIKAN

SESI PENILAIAN AKHIR TAHUN INISIATIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) TAHUN 2018 DAN MAJLIS PENYAMPAIAN MANDAT DAN WATIKAH PELANTIKAN

11 Februari 2019 (Isnin)
Dewan Serbaguna Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 9, Blok E12, Putrajaya

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) akan mengadakan Sesi Penilaian Akhir Tahun Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2018 dan Majlis Penyampaian Mandat dan Watikah Pelantikan bagi Inisiatif Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2019.

Tujuan utama Sesi Penilaian Akhir Tahun diadakan adalah untuk menyemak dan mengkaji status pencapaian pelaksanaan inisiatif PPPM tahun 2018 daripada bahagian peneraju inisiatif disamping mengetahui isu-isu utama yang timbul serta cadangan penyelesaian dan perancangan masa hadapan. Sesi penilaian ini akan diteruskan dengan Majlis Penyampaian Mandat dan Watikah Pelantikan kepada Pengarah dan Setiausaha Bahagian selaku Peneraju Insiatif serta Pelantikan Pengurus Program dan Ketua Alur Kerja bagi Inisiatif PPPM untuk tahun 2019.

Sesi Penilaian Akhir Tahun Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2018 dan Majlis Penyampaian Mandat dan Watikah Pelantikan telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik dan turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia – YB Puan Teo Nie Ching, Dato’ Dr Mohd Gazali Abas – Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran dan seluruh ketua bahagian kementerian.