Program Edufluencers 2019

Program Edufluencers 2019

  

Tarikh: 20 hingga 21 November 2019

Tempat: Chorus Hotel, Kuala Lumpur

 

Program Edufluencers adalah program kesinambungan daripada Kempen Guru Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) yang diadakan pada bulan Disember 2018. 100 penyertaan terbaik daripada kempen tersebut telah dijemput bagi mennyertai program ini sebagai tanda penghargaan Kemeterian kepada guru-guru yang telah berusaha membuat perubahan di dalam sistem pendidikan.

Sepanjang program, guru-guru diberikan pendedahan berkenaan kaedah teknik penataran teknik pengajaran dan pembelajaran, penyampaian mesej secara efectik dan membentuk sebuah komuniti guru atas talian. Program ini juga dimuatkan satu sesi khas bagu guru untuk beramah mesra bersama Menteri Pendidikan Malaysia

Hasrat Menteri Pendidikan terhadap program ini agar ia merupakan satu usaha yang berterusan untuk mewujudkan satu komuniti pembelajaran, di mama guru-guru berterusan membantu antara satu sama lain dalam meningkatkan kualiti Pendidikan Negara.

Gambar: UKK KPM, PADU Instagram