Pendidikan masa hadapan bermula hari ini

PENGUMUMAN Perdana Menteri baru-baru ini mengenai penjajaran semula pendidikan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 datang tepat pada masanya setelah Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 menempuh separuh jalan pelaksanaannya.

Beliau menjelaskan bahawa penjajaran semula sistem pendidikan harus dilakukan sebagai persediaan kerajaan mewujudkan set kemahiran baharu dalam kalangan rakyat bagi mendepani cabaran masa hadapan selaras dengan era Revolusi Industri 4.0 kini dan seterusnya.

Ketika PPPM 2013-2025 dibangunkan, Kementerian Pendidikan telah pun membayangkan apakah kemahiran yang diperlukan untuk anak-anak warganegara menongkah arus kepesatan teknologi dunia.

Walaupun masa hadapan tidak dapat ditentukan dengan spesifik, tetapi berdasarkan input yang komprehensif daripada pelbagai pihak dan penanda aras antarabangsa, PPPM 2013-2025 dibentuk untuk mewujudkan visi dan aspirasi yang jelas untuk setiap murid dan sistem pendidikan secara keseluruhan bagi tempoh 13 tahun akan datang.

Justeru kerajaan mengambil langkah yang tepat untuk menilai semula keberkesanan pelaksanaan PPPM 2013-2025 pada tahun ini bagi memastikan pelan itu terus kekal relevan selaras dengan perkembangan teknologi yang terlalu pesat.

Dengan mengambil kira persekitaran yang dinamik mempengaruhi ekosistem pembelajaran, faktor yang penting adalah untuk memastikan kemenjadian murid–murid yang seimbang ilmu dan akhlaknya selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Tidak dapat dinafikan terdapat suara sinis yang begitu skeptikal dengan usaha kerajaan memartabatkan sistem pendidikan negara. Antara ayat yang sering digunakan termasuk “polisi yang sering berubah” , “pendidikan dipolitik dan dibisneskan” atau “pendidikan masih mencari identiti” dan selalu juga perbandingan dibuat dengan negara maju yang lain.

Dalam mencelikkan minda daripada pemikiran yang agak dangkal ini, seperkara yang kita harus faham adalah secara relatifnya, negara kita masih muda berbanding dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat dan United Kingdom, yang mempunyai sistem pendidikan yang lebih ‘baik’.

Negara kita adalah negara yang unik kerana mempunyai kepelbagaian bangsa, agama, bahasa dan budaya serta adat resam, justeru sistem pendidikan kita perlu mengambil kira kepelbagaian ini dalam menerapkan perpaduan dalam kalangan masyarakat. Murid yang berusia antara 7 hingga 17 tahun menghabiskan lebih satu perempat daripada masa mereka di sekolah.

Kementerian perlu mewujudkan suasana sekolah di mana melalui interaksi bersama murid lain daripada pelbagai latar belakang sosioekonomi, agama dan etnik, murid belajar memahami, menerima dan menghayati perbezaan.

Namun begitu, aspirasi negara untuk memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat bukanlah sesuatu yang boleh dapat dicapai dalam sekelip mata. Apa yang telah dicapai dalam masa 60 tahun kemerdekaan negara adalah satu kejayaan yang begitu membanggakan. Dalam kepelbagaian ini, kita telah berjaya meletakkan negara kita dalam barisan negara yang dihormati di rantau ini.

Ini adalah fakta yang tidak dapat disangkal lagi, dan sistem pendidikan negara yang dituduh “tidak konsisten” telah berjaya memupuk nilai toleransi dalam diri individu warganegara Malaysia.

Ada juga dalam kalangan masyarakat yang mempertikaikan sistem pendidikan negara yang “sering berubah”. Belum satu polisi dapat dihadam dan dilaksanakan, tiba pula polisi baharu yang membawa perubahan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Namun begitu kita harus sedar bahawa perubahan memang akan berlaku, dan berlaku dengan cukup pantas.

Lihat sahajalah evolusi telefon – telefon kini bukan sahaja alat untuk berkomunikasi, malah dunia kini berada di hujung jari sahaja. Segala maklumat dan berita terkini dapat diakses dalam masa yang singkat, dan dapat pula disebarkan dengan cepat.

Bayangkan kalau sistem pendidikan kita kekal sama – cara mengajar tidak berubah, guru mengajar di hadapan kelas dan murid mendengar, menyalin nota dan menghafal untuk peperiksaan – bolehkah kita menghasilkan murid yang berupaya menguasai Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, murid yang mahir berkomunikasi dan seimbang etika dan kerohaniannya?

Sistem pendidikan Malaysia hanya dapat memenuhi aspirasinya yang tinggi menerusi sokongan dan komitmen berterusan semua pihak berkepentingan.

Suasana pembelajaran kini sangat berbeza dan memerlukan kerjasama ibu bapa, guru, pentadbir pendidikan, komuniti dan sektor swasta secara menyeluruh demi kemenjadian murid. Tidak kiralah pada masa hadapan murid ini akan menjadi Perdana Menteri atau pekerja kolar biru, mereka perlu dipupuk dengan kemahiran dan nilai yang membolehkan mereka menjadi warga Malaysia yang sejahtera dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Penjajaran sistem pendidikan memerlukan penilaian semula PPPM 2013-2025 untuk melihat sejauh mana keberkesanan pelaksanaannya selama enam tahun ini. Penjajaran ini merupakan peluang bagi mencorak masa depan yang lebih cerah dan gemilang untuk semua kanak-kanak Malaysia; satu cita-cita besar yang penuh berinspirasi.

Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab setiap rakyat Malaysia untuk berusaha ke arah merealisasikan aspirasi ini, dan hanya dengan kerjasama semua pihak berkepentingan akan membolehkan semua kanak-kanak Malaysia memperoleh masa depan yang benar-benar diingini.

Sumber: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/pendidikan-masa-hadapan-bermula-hari-ini-1.617593#ixzz58NhZpBYh


Education reform does not happen overnight

KUALA LUMPUR: Public sector reform is not without its challenges. This comes as government units face pressure to implement change speedily. While various methods have been applied, Malaysia has used the delivery unit approach to tackle its most pressing matters such as improving learning outcomes.

However, the aspiration to develop world-class education doesn’t happen overnight, says Education Performance and Delivery Unit (PADU) chief executive officer Khadijah Abdullah.

Padu was set up in 2013 by the ministry of education to facilitate, support and deliver initiatives set out in the Malaysia Education Blueprint 2013-2025. The unit comprises the best of talents from both the civil and private sectors.

Various initiatives have been planned over three waves, which will see the transition of the education system to adopt 21st century learning. It also aims to bring Malaysia’s education to the top one-third of countries participating in the Programme for International Student Assessment by 2025.

Cognisant of the fact that most transformation programmes fail, PADU’s journey, however, has been on a gradual upward momentum, Khadijah said.

“Our role is to help the ministry achieve all that it’s planned. So far things are moving well, people are very positive. In the first wave we achieved 87% of what we planned for. That was audited by an external party. So we have about 13% that we have to spill over for the second wave, but we can manage,” she told The Edge Financial Daily in an interview.

She does, however, acknowledge the challenges faced — the most prevalent one being time.

What’s the greatest challenge? “Speed,” said Khadijah. “We want things to move faster. Things are not moving as fast as we would like [them] to, but they are moving.”

Efficiency of manpower and costs of running projects are some factors for this. Change too is an important factor that affects the delivery unit’s mission, she added.

“Sometimes it’s about changing the way of doing things so that [it] takes a bit of persuasion. People do things differently. Sometimes you have barriers or bottlenecks and so, you need some time to ‘de-bottleneck’ them,” said Khadijah.

The World Bank has acknowledged the challenges faced and impact created through the delivery unit. It recently published its latest report titled “Improving Education Sector Performance: Lessons from the Delivery Unit Approach” as part of its latest instalment to the organisation’s Outbound Knowledge Report Series.

In the report, the World Bank highlighted the role of the delivery unit in improving education outcomes, which is a key government priority.

“Many developing countries adopt sensible strategies to improve education outcomes, but few are able to successfully implement them. Implementation challenges take on many forms, including lack of prioritisation or appropriate diagnostics of the underlying challenge, poor coordination, or insufficient monitoring and evaluation that allow for course correction,” the bank said.

In particular, the report examined how Padu facilitated programme implementation and delivery of results through the Literacy and Numeracy Screening (Linus) programme — a key initiative in the blueprint aimed at improving literacy and numeracy of primary school kids in their first three years.

“Unlike other interventions, the Linus task force — comprising several divisions — worked closely with agencies across government to provide an effective framework for coordination, tracking, monitoring and reporting,” said the World Bank, adding that the approach could be useful for other developing countries.

According to Padu’s 2016 Annual Report, 98.6% of Year 3 students achieved the Bahasa Malaysia literacy target, 99% in the English language literacy and 94.7% in Numeracy.

Apart from Linus, another initiative in the blueprint showing good progress is science, technology, engineering, and mathematics (STEM), said Padu executive director Dr Azwan Abdul Aziz.

“STEM has had a stuttering start, things were not easily understood by the stakeholders. But I’m pleased to say that since the middle of last year, we have already set the direction clearly; we know what to do and support from external parties has been good.

“We even have other governmental bodies who now say they want to come together and collaborate. It helps that STEM was made a national agenda. We are glad that since the ministry has prioritised this, others have wanted to do so too. It is very encouraging,” he added.

While the initiatives are work in progress, alternative institution options such as international schools have gained traction. Khadijah is, however, not too concerned about this development, citing local students winning international awards abroad as one good sign.

“Therefore, the whole education system can’t be that bad, right? Perhaps we have pockets where we need to improve, but that’s what the blueprint is all about. We are trying to improve the whole ecosystem, but it will take time.

“We have over 10,000 schools of such diverse background which comes with its challenges. As a delivery unit we can’t compromise but tread carefully. All of these processes take time, you can’t just get it done within three to five years,” she said.

She noted that mere comparison with countries such as Singapore and Finland would not be fair as each country differs in its demographics.

“Our education system is not the same as other countries such as Finland and Singapore. In their case, they only have one education system; they don’t really have remote areas, whereas about 40% of our schools are in remote areas. It’s a different situation,” added Khadijah.

 

Source: http://www.theedgemarkets.com/article/education-reform-does-not-happen-overnight

 


Jelajah Pendidikan KPM Tahun 2018 Siri 2

Lokasi Program Jelajah Pendidikan KPM 2018 ke-2 berlansung di Jetty Point, Pulau Langkawi  yang akan berlangsung selama 2 hari dari 23 & 24 Februari 2018,

Masyarakat akan disajikan dengan kejayaan hasil daripada transformasi pendidikan negara dan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan kita yang bakal menyediakan anak-anak mendepani cabaran masa hadapan.

5
1
2
3
4

 


Sekolah Menengah Teknik KL Raih Emas Inovasi di Thailand

Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (SMTKL) mengharumkan nama negara apabila berjaya memenangi pingat emas dalam pertandingan International Intellectual Property, Invention, Innovation and Technology Exposition (IPITEx 2018) di Bangkok, Thailand, baru-baru ini.

Kejayaan itu diraih oleh Muhammad Isyraf Imran Badrul Hisham, Amirul Ahmad Nazri, Muhammad Iqbal Afiq Mohammad, Muhammad Aiman Zabidi dan Danish Eyzhanc Mustafidee melalui ciptaan yang dikenali DR-BLISS atau Dual Response Blind Spot Warning System.

Pengetua Cemerlang SMTKL, Norbashah Abu Bakar berkata, pihak sekolah amat bersyukur dengan pencapaian tersebut kerana hanya 12 pasukan sahaja yang berjaya menerima pengiktirafan pingat emas daripada 66 penyertaan keseluruhan.

“Hasil rekaan cetusan idea guru dan pelajar ini mempu­nyai potensi yang besar untuk dikomersialkan dan dikuatkuasakan kepada kenderaan berat bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia.

“Oleh itu, pihak sekolah akan terus memberi sokongan terhadap aktiviti kokurikulum seperti IPITEx kerana menyediakan peluang yang amat besar manfaatnya kepada pelajar dan guru,” katanya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

DR-BLISS merupakan produk atau sistem yang dicipta pada kenderaan bagi mengesan titik buta yang kerap menjadi salah satu punca kemalangan jalan raya.

Dengan kerjasama organisasi seperti Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Suruhanjaya Pe­ngangkutan Awam Darat (SPAD), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Puspakom, DR-BLISS diyakini mampu mengurangkan kadar kemalangan di negara ini.

Guru Penasihat Kelab Reka Cipta SMTKL, Mohd. Syazwan Mohd. Nor berkata, DR-BLISS merupakan sistem tanda amaran dinamik yang menghasilkan kerlipan cahaya merah untuk menarik perhatian pemandu kenderaan berhampiran supaya mereka menjauhkan diri dari zon bahaya dengan segera.

“Pemandu kenderaan berat pula akan diberi amaran melalui paparan tablet menggunakan aplikasi android yang direka khas,” jelasnya.

Yang lebih utama, kata beliau, IPITEx menjadi platform untuk pelajar mengembangkan potensi diri selain memberi kesedaran mengenai keselamatan jalan raya terutama yang melibatkan kenderan ringan.

Penyertaan sekolah ini ke IPITEx 2018 diuruskan Persatuan Penyelidikan dan Inovasi Malaysia (MyRIS) dengan tajaan Alumni SMTKL, ZAR Group, Yayasan Wilayah Persekutuan, Koperasi dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SMTKL.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah-menengah-teknik-kl-raih-emas-inovasi-di-thailand-1.611873#ixzz57hV4j5mO

Gambar: Utusan Online


Improving education sector performance in Malaysia : lessons from a delivery unit approach

1
2

 

This report is part of the World Bank’s Malaysia development experience series that strives to document the country’s approach to improving public sector performance. The report builds on the previous installment in the same series that focused on Malaysia’s experience with driving performance from the center of government through the Prime Minister’s Management Delivery Unit (PEMANDU). The more drastic overhaul of the sector was envisioned to come from the application of the DU approach to transforming sector performance. This report describes how the DU method worked in both the design and implementation stages of literacy and numeracy screening (LINUS). This includes the interface between Ministry of Education (MOE) and PEMANDU, as well as PEMANDU and Education Performance and Delivery Unit (PADU). The core of the document focuses on implementation details: the institutions, leadership, and incentives that contributed to the program’s success. It also describes how the implementation agencies worked together to implement LINUS.

Complete Report Downloads:

 

 

 

 


Log Transformasi Sahsiah berkesan tangani kes disiplin

SEKOLAH Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Besi memperkenalkan buku Log Transformasi Sahsiah di setiap bilik darjah bagi merekodkan salah laku pelajar dalam tempoh persekolahan pada setiap hari.

 

Pengetua SMK Sungai Besi, Zainudin Mohamad berkata, guru akan mencatatkan salah laku pelajar mengikut kod kesalahan disiplin yang terdapat pada halaman pertama buku itu.

 

“Setiap guru yang masuk ke ke­las untuk mengajar subjek masing-masing mengikut jadual waktu yang ditetapkan perlu merekodkan sebarang kesalahan disiplin pelajar.

 

“Jika ada kesalahan dilakukan, pelajar terbabit akan dipanggil untuk dikenakan tindak­an semasa perhimpunan pada hari berikutnya,” jelas beliau ke­tika ditemui di pejabatnya di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

 

Hukuman yang dikenakan mengikut kod kesalahan dan dilakukan di bilik disiplin sekolah bukan di depan khalayak semasa perhimpunan.

 

Zainudin menegaskan, tindakan yang diambil juga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Pendidikan.

“Terbukti, pendekatan ini berjaya menangani kes disiplin hingga boleh dikatakan ke paras terendah,” ujarnya.

 

Beliau menambah, ibu bapa turut dimaklumkan mengenai kaedah pengawalan disiplin di sekolah semasa sesi bertemu dengan mereka.

 

“Ibu bapa dimestikan untuk mengambil kad pelaporan pres­tasi pelajar agar pihak sekolah dapat menyampaikan maklumat terkini berkaitan pendidikan anak-anak mereka termasuk usa­ha yang diambil dalam menangani kes disiplin,” jelasnya,

 

Selain itu, sekolah ini menggunakan alat pengimbas ibu jari bagi merekod kehadiran pelajar yang disambung terus ke sistem e-kehadiran aplikasi pangkalan data murid.

Penggunaan alat ini yang di­letak di lokasi strategik juga berjaya membantu mengatasi ma­salah ponteng sekolah.

 

Menurut Zainudin, dengan di­siplin yang baik secara tidak langsung akan menaikkan prestasi akademik pelajar dan sekolah.

 

“Hal ini sekali gus menaikkan imej sekolah dan membetulkan persepsi masyarakat terhadap sekolah,” katanya.

 

Pada tahun lalu, sekolah ini menduduki tempat pertama program Nadi Ilmu Amalan Membaca (NILAM) kategori sekolah menengah peringkat Wilayah Persekutuan.

Seterusnya, kata Zainuddin, bagi menarik minat pelajar untuk mengikuti pembelajaran abad ke-21, semua kelas tingkat­an lima dilengkapi dengan projektor LCD manakala kelas lain masih dalam proses dinaik taraf.

 

“Terkini, pihak sekolah mula melanggang Utusan Pelajar kera­na tertarik dengan kandungannya yang dapat membangkitkan minda eksplorasi pelajar,” kata­nya.

Sebenarnya, ujar beliau, langganan ini merupakan kesinambungan dari tahun lalu tetapi kini pihak sekolah mula melaksanakan Modul 10 Minit dalam perhimpunan mingguan rasmi sekolah melibatkan semua panitia.

 

“Modul yang diterbitkan pada Utusan Pelajar ini menjadi salah satu sumber alternatif yang dapat membantu kemenjadian murid menerusi aktiviti berteraskan kemahiran berfikir aras tinggi,” katanya.

 

Baru-baru ini, Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan melaksanakan Modul 10 Minit menerusi aktiviti menganalisa kadar denyutan nadi.

Pelaksanaan modul berke­naan disertai 500 pelajar sesi pagi sekolah ini.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/log-transformasi-sahsiah-berkesan-tangani-kes-disiplin-1.603065#ixzz56wkwTSG1 


Contact Us

Education Performance and Delivery Unit (PADU)
Level 3, Block E9, Complex E Precint 1
Federal Government Administrative Centre
62604 Putrajaya
Malaysia

03-88881001

03-88881146

info@padu.edu.my