Guru muda teraju reformasi pendidikan

Oleh, Dr Muhammad Abd Hadi Bunyamin ialah pensyarah di Sekolah Pendidikan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Teknologi Malaysia

Kementerian Pendidikan (KPM) melalui Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) telah menamakan senarai guru yang mengamalkan pengajaran dan pemudahcaraan (PdPc) abad ke-21 atau PAK 21 di laman Facebook PADU.

PADU turut menyertakan sebahagian nombor kad pengenalan guru-guru tersebut. Penulis berfikiran bahawa PADU mahu orang awam menyedari status guru-guru tersebut sama ada guru muda atau guru senior. Ini merupakan tindakan yang munasabah dan informatif.

Daripada sebahagian maklumat kad pengenalan guru yang tertera, jelas sekali kelompok guru 10 teratas (Top 10) untuk PAK 21 ialah guru-guru muda. Ini kerana mereka lahir pada atau selepas tahun 1979 dan membawa maksud mereka sekarang berumur 40 tahun dan ke bawah.

Apakah sebab tiada guru senior yang berumur melebihi 40 tahun dalam kelompok 10 teratas ini? Penulis tiada jawapan yang konkrit, namun penulis mempunyai hemat bahawa kelompok guru berusia 40 tahun dan ke bawah merupakan golongan yang terdedah dengan banyaknya kepada unsur terkini dalam pendidikan khususnya pengajaran kreatif dan inovatif.

Guru-guru muda ini juga dipercayai merupakan kelompok yang lebih mudah menerima dan membuat perubahan kepada amalan pengajaran mereka berbanding guru senior. Kebiasaannya, guru-guru senior mempunyai amalan pengajaran yang stabil dan tidak banyak berubah dalam tempoh panjang. Guru muda juga dipercayai mempunyai semangat yang tinggi untuk membawa pembaharuan kepada pendidikan negara.

Semangat ini dijelmakan dalam amalan PAK 21 yang menekankan PdPc kreatif, inovatif, kolaboratif, komunikatif dan pemikiran kritikal. Apakah implikasi kepada penobatan Adiwira PAK 21 ini? Tidak keterlaluan untuk penulis menyatakan bahawa guru-guru muda inilah yang paling boleh diharapkan untuk menjelmakan pembaharuan kepada sistem pendidikan Malaysia. Dengan kudrat masih cergas, semangat masih kental dan otak yang masih cerdas, pada bahu guru mudalah harapan reformasi pendidikan untuk diterjemah kepada tindakan.

Ini tidak bermakna guru-guru senior terpinggir. Mereka sudah lama berada dalam sistem pendidikan dan harus dihormati. Pada hemat penulis, pada era sebegini, guru-guru senior boleh berfungsi sebagai pemberi motivasi dan penguat dorongan kepada guru-guru muda untuk terus istiqamah dalam melaksanakan pembaharuan pendidikan.

Penulis akui bahawa guru-guru muda khususnya dan anak-anak muda amnya boleh patah semangat sekiranya usaha-usaha mereka untuk melaksana perubahan tidak mendapat sambutan dan sokongan orang sekeliling.

Menyedari hal ini, adalah penting supaya guru-guru senior dapat berperanan membentuk persekitaran yang kondusif untuk guru-guru muda beraksi penuh dedikasi menjayakan reformasi pendidikan.

Justeru, diharapkan agar KPM dapat mengambil langkah tersusun melatih lebih ramai guru muda Malaysia untuk mengamalkan PAK 21 ini. Amalan PAK 21 ternyata berbeza dengan amalan pengajaran era terdahulu yang menekankan peperiksaan dan ujian.

PAK 21 menjurus kepada pembentukan pelajar yang menyeluruh daripada segenap aspek, tidak hanya intelek, tetapi juga rohani, emosi dan jasmani. Tidakkah ini sebenarnya selari dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan?

Oleh yang demikian, penting sekali untuk semua pihak memberi sokongan, dokongan dan dorongan kepada guru-guru muda Malaysia untuk muncul sebagai Peneraju Reformasi Pendidikan. Hakikatnya, kita harus juga kembali kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan jayakan falsafah ini dalam medan perjuangan pendidikan melalui platform PAK 21.

 


English teacher who turns classroom into a beach wins PAK21 teacher campaign

PUTRAJAYA: With pupils having little to no access to the outside world, English teacher Muhammad Nazmi Rosli from Sarawak decided to bring the world into the classroom. He transformed his classroom into a beach, hospital and pet shop to let the pupils capture the experience being in those places and situations.

Muhammad Nazmi was announced the winner of 21st Century Learning Teachers Campaign (PAK21) – a campaign organised by the Ministry of Education through the Education Performance and Delivery Unit (PADU).

His school, Sekolah Kebangsaan Long Sukang in Lawas is tucked in green mountains about 660 kilometers away from Kuching.

“The pupils have never seen a beach so I decided to bring the beach to them. Once they are exposed to the outside world, they are allowed to dream bigger dreams and believe that they could do more.

The resourceful teacher added that he made use of old boxes and plastic bags lying around the school grounds in creating the props.

PAK21 is an initiative to get teachers to incorporate simple yet different ways of teaching that will help to foster communication, critical thinking, creativity, collaboration and values and ethics amongst their students.

“Some assumed that PAK21 is all about technology but, I wanted to prove that providing the best education is possible even without technology and access to the internet,” he added.

Present at the closing ceremony were Education Minister Dr Maszlee Malik, Education director-general Datuk Dr Amin Senin and Education Ministry secretary general Datuk Dr Mohd Gazali Abas.

In his speech, Maszlee said the campaign was introduced to find an extraordinary teacher applying PAK21 into their classrooms. He added that teachers who went the extra mile deserve recognition and should be an inspiration to others.

“They are the backbone of change and deserve our appreciation, admiration and gratitude.”

The minister called for all teachers to continue fighting the good fight until every student feels the impact of PAK21.

He said there is a need to shift to 21st century learning methods as they teach transferable skills that are irreplaceable by the threat of automation.

Citing the Khazanah Research Institute's recent 'School-to-Work' study, he said that employers are looking out for a mastery of soft skills like communication and collaboration to scale up the value chain, which are taught through PAK21.

A Science teacher of Sekolah Menengah Kebangsaan Jerlun, Kedah, Norhailmi Abdul Mutalib emerged as first runner-up while English teacher at SMK Pasir Gudang, Johor, Emira Nabila Ramli won the third place.

Throughout the campaign from December last year to January this year, PAK 21 drew over a thousand submissions from every state across the country.

 

Source: https://www.nst.com.my/education/2019/04/476560/english-teacher-who-turns-classroom-beach-wins-pak21-teacher-campaign

Photo: NSTP


PADU wins Bett Asia ‘Game Changer’ Award

On the 13th of March 2019, PADU was announced as the winner of the prestigious Bett Asia* ‘Game Changer’ Award. Bett Asia’s awards are designed to recognize, celebrate, and reward change efforts in education, in line with their theme ‘Building a Change Culture to Deliver 21st Century Learning’.

PADU’s entry for the Bett Asia Awards revolved around innovatively and creatively inculcating a culture of 21st Century Learning. PADU’s game-changing approach involved initiating a peer-led paradigm shift through the 21st Century Learning Teachers Campaign, which encouraged teachers to share their best practices on bringing 21st century learning into their classrooms. This campaign ran from 20th December 2018 to 31st January 2019, and received over 1,000 submissions from teachers across the whole of Malaysia. The submissions were from teachers who taught a diverse range of subjects, encompassing the languages, arts, sciences, social sciences, and Islam/moral.

The sharing of these teachers’ stories and strategies is aimed to establish a sustainable and far-reaching change to adopt 21st century learning in Malaysian classrooms. In the Malaysian context, 21st century learning is a student-centered approach that focuses on the five elements of Communication, Collaboration, Critical Thinking, Creativity, and Values & Ethics (collectively known as 4C1V). To find out more, the Campaign’s Facebook page can be found at https://www.facebook.com/kempengurupak21/.  

Bett Asia’s recognition of PADU as the winner for the ‘Game Changer’ award demonstrates PADU’s and the Ministry of Education’s innovation and capability for change, inspiring confidence for the future of education in Malaysia.

*Bett Asia is part of the Bett Global series of education technology conferences that brings together education leaders, practitioners, and industry experts from across the globe to share their experiences and knowledge. This year, the Bett Asia Summit was presided by our own Minister of Education, YB Dr. Maszlee bin Malik. For more information, please visit: https://asia.bettshow.com/awards.


kaedah pembelajaran PAK21 melalui pembikinan filem pendek

Pembelajaran berasaskan video atau filem pendek bukan sahaja dapat menggalakkan strategi pembelajaran di kalangan pelajar. Bahkan, membantu pendidik memudahkan aktiviti pengajaran di samping menimbulkan rasa seronok di kalangan pelajar. Sepertimana yang dilakukan oleh Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib ini.

Sebagai usaha memberikan motivasi belajar dan menimbulkan minat dalam pembelajaran, Cikgu Hailmi kongsi kaedah pembelajaran PAK21 melalui pembikinan filem pendek mengenai pencemaran. Pelajar menjadi lebih aktif, kreatif dan berdaya saing untuk menimba ilmu pengetahuan.

Apakah itu PAK 21?

Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring dengan ledakan globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, Malaysia perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dan berusaha untuk menjayakan usaha tersebut. Bersesuaian dengan matlamat dan zaman, KPM telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun 2014.

Kini, PAK21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan. PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21.

 

 

Artikel penuh: https://www.karangkraf.com/gps-bestari/cikgu-hailmi-kongsi-kaedah-pembelajaran-pak21-melalui-pembikinan-filem-pendek-inilah-caranya-1.924273

Sumber Gambar: PEMBELAJARAN ABAD KE-21 - KPM & KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF

Video: Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib


Sekolah untuk komuniti, universiti untuk masyarakat

Oleh Dr Nurkhamimi Zainuddin

* Penulis ialah Dekan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama Universiti Sains Islam Malaysia

"Sekolah untuk Komuniti, Universiti untuk Masyarakat”. Inilah antara intipati yang dapat penulis rakamkan hasil daripada ucapan Menteri Pendidikan pada Amanat tahun 2019.

Sudah pasti rata-rata guru menarik nafas lega apabila mendengar lima inisiatif baharu mengurangkan beban guru iaitu memudahkan pengurusan fail dan dokumentasi, pengurusan data dan sistem dalam talian, sekolah merangka sendiri pelaksanaan Literasi dan Numerasi (LINUS) yang bersesuaian dengan keperluan murid, penyeragaman borang dan proses pemantauan serta penyelarasan penubuhan jawatankuasa di peringkat sekolah.

Dalam agenda pendidikan inklusif ini, tumpuan diberikan terutamanya untuk mengurangkan kadar keciciran murid dan memastikan golongan orang kelainan upaya (OKU), golongan B40, Orang Asli dan kanak-kanak tanpa dokumen turut menerima pendidikan seperti murid yang lain.

Mulai tahun ini juga, pintu institusi pendidikan akan terbuka seluas-luasnya kepada semua kanak-kanak yang berhak.

Kementerian juga telah menyatakan komitmen untuk memastikan setiap OKU menerima pendidikan sewajarnya.

Antara usaha yang dilakukan adalah menyediakan kemudahan mesra OKU secara berperingkat di sekolah, bermula dengan Sekolah Pendidikan Khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), dan meningkatkan kerjasama antara kementerian, syarikat korporat dan NGO berhubung penyediaan perkhidmatan pendidikan khas.

Hal ini termasuklah dengan melaksanakan Dasar Sifar Penolakan (Zero-reject Policy) secara menyeluruh bagi Murid Berkeperluan Khas (MBK).

Ini bagi memastikan tiada murid dalam kalangan OKU yang dinafikan daripada memasuki alam persekolahan.

Langkah ini diambil bagi memastikan golongan ini mendapat hak pendidikan yang sama seperti murid yang lain dan mengelakkan isu keciciran pendidikan dalam kalangan OKU.

Antara intipati lain adalah berkenaan pemberian autonomi kepada institusi pendidikan terutamanya sekolah. Pendekatan 'top-down' dan 'one-size-fits-all' dilihat tidak lagi relevan kerana setiap komuniti lebih memahami keperluan mereka sendiri dan perlu diberikan lebih ruang dan kepercayaan untuk membuat keputusan.

Perlu diingat bahawa pemberian autonomi ini mesti juga hadir bersama dengan sikap kebertanggungjawaban yang tinggi (akauntabiliti) sekali gus menghasilkan pendidikan yang berkualiti.

Autonomi bukan sahaja tertakluk kepada pentadbiran, tetapi juga melalui usaha pihak sekolah dan universiti melibatkan pihak luar untuk menyokong proses pengajaran dan pembelajaran.

Kita perlu memperhebatkan penglibatan pelbagai pihak dan lapisan masyarakat, sama ada PIBG, alumni, NGO, agensi lain dan pihak swasta, agar penyelesaian yang lebih inovatif dan praktikal dapat difikirkan.

Penulis ingin menekankan bahawa pemerkasaan pemberian autonomi ini harus diperluas ke peringkat IPT juga.

Pihak kementerian harus memandang keupayaan IPT dan memberikan autonomi sepenuhnya kepada IPT untuk menyelaras dan memilih kepimpinan tertinggi yang tepat.

Sebagai contoh, pemilihan boleh dilakukan dalam kalangan profesor yang mempunyai kewibawaan dan kebijaksanaan tinggi.

Ini secara tidak langsung menjadikan IPT satu institusi yang dihormati apabila warganya memberi keutamaan kepada kecemerlangan akademik, etika dan integriti.

Apabila pemberian autonomi ini benar-benar dihayati oleh warga IPT, pasti lebih ramai ahli akademik berlumba-lumba menghasilkan karya yang memanfaatkan masyarakat.

Usaha ini juga mampu menggalakkan IPT untuk menyuburkan budaya dialog, forum, debat, wacana dan program lain yang bersifat intelektual dan ke arah memberikan penyelesaian kepada masalah masyarakat dan membangunkan negara.

Namun, pemberian autonomi dan kebebasan yang diberikan oleh pihak kementerian tidak bermaksud bahawa warga IPT boleh melakukan apa sahaja yang dimahukan tanpa kawalan dan pemantauan.

Pihak kementerian juga akan memperkenalkan Highly Immersive Programme (HIP) yang bertujuan membangunkan keupayaan bahasa Inggeris di sekolah bagi memupuk budaya pembelajaran serta penggunaan bahasa Inggeris yang positif dalam kalangan murid.

Selain HIP dan program "English for Preschool Teachers", terdapat pelbagai inisiatif program yang dilihat mampu menjadi pemangkin kecemerlangan bahasa Inggeris di institusi pendidikan di Malaysia.

Sungguhpun begitu, warga pendidik juga mengharapkan supaya perkara yang sama dapat dilakukan demi untuk memperkasakan bahasa Melayu sebagai langkah penyatuan bangsa dan kekuatan jati diri masyarakat majmuk di negara ini.

Semoga Amanat Tahun 2019 ini mampu menyuntik semangat buat warga pendidik dan ahli akademik di IPT dalam berusaha mempersiapkan diri untuk menjadi rujukan antarabangsa dalam bidang masing-masing dan bukan lagi menjadi jaguh kampung semata-mata.

Artikel Penuh: https://www.sinarharian.com.my/article/14804/KHAS/Pendapat/Sekolah-untuk-komuniti
Gambar: GPS Bestari


Guru Ikon Stem ini kongsi 6 tip habiskan silibus walaupun banyak buat aktiviti dalam kelas

GURU-guru mesti pening dengan tanggungjawab sekarang kan?

Antara untuk memenuhi tuntutan Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) dengan keperluan menghabiskan silibus.

Prihatin dengan dilema yang dihadapi rakan-rakan, Guru Sains Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerlun Norhailmi Abdul Mutalib terpanggil untuk berkongsi apa yang beliau lakukan selama ini yang diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajarannya.

Ikuti perkongsian beliau:

Antara soalan yang selalu saya terima bila buat perkongsian pasal PAK21 dan STEM adalah:

"Kalau banyak-banyak buat aktiviti macam ni, sempat ke nak habiskan silibus?"

Setakat sekarang, memang selesai saja silibus saya ada setiap tahun dengan anak murid.

Itu belum tambah lagi dengan kehadiran ke bengkel, kursus dan seminar.

Jadi, meh saya nak kongsikan enam tip macam mana saya uruskan isu ini.

Anda boleh tonton juga rakaman video ini:

VIDEO

TIP 1: Aspek Perancangan

Perkara utama yang perlu diberi perhatian adalah aspek guru sebagai perancang.

Ye lah, kalau tak rancang bagus-bagus, mestilah kelam kabut dan asyik tertunda saja aktiviti.

Persediaan daripada segi bahan bantu mengajar dan juga benda lain, sangat membantu melicinkan proses PdPc dalam kelas.

 Aspek guru sebagai perancang.

Selain itu penggunaan Model Pembelajaran 5E bagi menstrukturkan pengajaran kita juga sangat membantu saya dalam memastikan proses PdPc berjalan dengan baik. Boleh tonton video 5E saya di Youtube juga untuk dapat lebih kefahaman bagaimana nak rancang PdPc dengan menggunakan Model Pembelajaran 5E.

Tips 2: Pengurusan Masa Pelajar

Ini juga satu cabaran untuk guru bila buat aktiviti sebab ramai pelajar akan cenderung habiskan masa pada sesi menghias bahan pembentangan mereka, sampai mengganggu perancangan guru.

Untuk saya, saya biasakan pelajar dengan memberitahu mereka masa yang berbaki. Jadi secara tak langsung, pelajar ada idea, berapa banyak masa untuk mereka siapkan kerja mereka.

Tips 3: Aktiviti + Ajar

Ini antara perkara yang saya belajar dari kesilapan.

Sebelum ni biasanya saya akan ajar dulu pelajar, kemudian buat aktiviti tapi akhirnya saya lihat pelajar juga mampu belajar ketika proses aktiviti. Malah mereka lebih faham, sebab terus nampak apa yang cikgu nak ceritakan tu tadi.

Murid belajar dengan cara buat aktiviti.

Jadi kemudiannya saya 'twist' sikit pengajaran saya. Terus buat aktiviti, dan pastikan pelajar betul-betul belajar ketika aktiviti. Maknanya pelajar belajar ketika mereka tengah buat aktiviti.

Memang lebih berkesan! 

Namun, peranan guru sebagai fasilitator perlulah betul-betul dijalankan dengan baik dan berkesan.

Tips 4: Strategi PAK21

Sebenarnya penggunaan strategi pembelajaran secara koperatif dan kolaboratif sangat membantu dalam menghabiskan silibus mengikut masanya.

Penggunaan strategi seperti Gallery Walk, 3 Stray 1 Stay dan Jigsaw membolehkan guru untuk menggabungkan beberapa subtopik dalam satu aktiviti. 

Dah tentu ini sangat membantu guru berada 'on track'.

Tips 5: Amalan Murid

Satu lagi yang saya buat adalah dengan membiasakan pelajar dengan arahan saya ketika dalam kelas.

Jadi pelajar dah tahu apa yang patut dan perlu mereka buat.

Pelajar saya juga sedia maklum dengan tahap kualiti hasil kerja yang mereka patut tunjukkan kepada saya.

Dan semua ini datangnya melalui pengamalan.

Justeru itu jika cikgu dapati pelajar cikgu bermasalah pada awal pelaksanaan, maka jangan 'give up'.

Teruskan melatih pelajar, sehingga mereka biasa dengan cara belajar dengan cikgu.

Insya-Allah semuanya akan jadi lebih mudah lepas tu.

Tips 6 : Penggunaan Teknologi

Akhir sekali adalah penggunaan teknologi juga sebenarnya mampu membantu melancarkan lagi perjalanan pdpc kita.

Latar belakang pelajar saya di Jerlun merupakan anak nelayan dan petani.

Namun kebanyakan daripada memiliki 'smartphone' dan menggunakan untuk banyak kegiatan peribadi.

VIDEO

Maka saya cuba ambil kesempatan daripada peluang yang saya ada dengan menggunakan strategi Flipped Classroom dan kadang-kadang aplikasi lain seperti Google Form, Kahoot dan lain-lain.

Strategi Flipped Classroom terutamanya sangat membantu saya dalam menguruskan apa yang nak diajar kepada pelajar, dan membantu pelajar faham sebelum mereka masuk kelas  saya, dan buat aktiviti, sebab tu saya suka rakam banyak video PdPc!

Pembelajaran berasaskan projek : Mencipta Penapis Air.

OK, itu saja perkongsian 6 Tips untuk membantu guru lain menjalankan aktiviti ketika sesi PdPc, tanpa perlu takut atau risau silibus tak habis dengan banyaknya buat aktiviti.

Perkaranya tidak lah susah sangat, tetapi memerlukan sedikit usaha dan juga kesungguhan daripada guru-guru, sebelum biasa dengan amalan tersebut.

Yang penting adalah bagaimana kita sesuaikan dengan pelajar dan juga apa yang kita ada.

Semoga ini bermanfaat dan membantu!

Kredit: cikguhailmi.com

Ini pula tip pengajaran yang boleh membantu cikgu menarik perhatian pelajarhttps://www.gpsbestari.com/tip/tip-mengajar/cikgu-takkan-menyesal-guna-cara-ini-tarik-minat-murid-lemah-belajar-1.782505

 

Artikel Penuh: https://www.karangkraf.com/gps-bestari/guru-ikon-stem-ini-kongsi-6-tip-habiskan-silibus-walaupun-banyak-buat-aktiviti-dalam-kelas-1.922718 Gambar: GPSBestari


Penyelidik muda SMK Mengkuang, rangkul pingat emas di Ipitex 2019

Seramai empat pelajar dari SMK Mengkuang, Pulau Pinang berjaya mengharumkan nama negara sewaktu yang mewakili Malaysia ke Pameran Inovasi, Harta Intelek dan Teknologi Antarabangsa (Ipitex) 2019 di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Ia ekoran kejayaan penyelidik muda itu menghasilkan medium tanaman ‘vetaP cube smart companion for shade tolerant vegetables’ yang berjaya mencuri perhatian juri pertandingan.

Ipitex 2019 yang berlangsung pada 2 hingga 6 Febuari 2019 lalu turut disertai oleh pelbagai negara antaranya, Thailand, Kanada, Jepun, Korea Selatan dan China.

 

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/komuniti/penyelidik-muda-smk-mengkuang-rangkul-pingat-emas-di-ipitex-2019-1.843945
Gambar: Kosmo


Kementerian Pendidikan, PDRM kerjasama bentuk sahsiah murid

SEMENYIH - Program Jom Ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia untuk  meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, pihak sekolah khususnya guru dapat  memainkan peranan sebagai  pendidik, pembimbing dan pemudahcara  disamping berperanan sebagai guru displin.

“Aspek kemenjadian murid harus dilihat secara holistik dan menyeluruh daripada segi akademik, sahsiah, kokurikulum dan sukan.

“Bagi menarik minat murid ke sekolah, pendekatan sekolah terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah sentiasa menarik dan berkesan,” katanya.

Maszlee berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia  telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk penerapan  elemen pembelajaran menyeronokkan dengan konsep sekolah penyayang dan menangani isu keciciran murid.

“Kita perlu memastikan murid-murid gembira ke sekolah  sekaligus dapat melahirkan insan yang seimbang  dan harmoni merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani,” katanya pada perasmian Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia: Program Jom Ke Sekolah Peringkat  Kebangsaan 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma, di sini, semalam.

Majlis tersebut merupakan program kolaborasi antara  Kementerian Pendidikan  Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Maszlee berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia  menggalakkan sekolah menyedia dan menggunakan ‘Papan Kenyataan Pegawai  Perhubungan Sekolah’.

“Papan kenyataan ini dapat digunakan semaksimum mungkin oleh warga sekolah dan Pegawai Perhubungan  Sekolah, pihak berkepentingan dapat menyalurkan  maklumat kepada pihak sekolah berkaitan informasi dan berita tentang kepolisan,” katanya.

Artikel Penuh: https://www.karangkraf.com/gps-bestari/kementerian-pendidikan-pdrm-kerjasama-bentuk-sahsiah-murid-1.922193
Gambar: GPS Bestari


Amalan, Penghayatan Nilai Jadi Fokus Utama M10MP

KUALA LUMPUR – Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) yang dilaksanakan sewaktu perhimpunan mingguan di sekolah rendah dan menengah tahun ini bakal memberi fokus kepada elemen amalan dan penghayatan nilai di samping mencetuskan budaya berfikir.
Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, modul yang diperkenalkan sejak 2017 ini telah memperkasakan komponen Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).

“Evolusi perhimpunan sekolah alaf baharu perlu diperkasa bersesuaian dengan keperluan dan hasrat kementerian untuk mencapai kemenjadian murid daripada pelbagai kemahiran.

“Ucapan berjela-jela, leteran panjang dan aktiviti perhimpunan yang bersifat sehala perlu diubah serta-merta,” katanya ketika berucap merasmikan Program Wadah Perhimpunan Sekolah Alaf Baharu dan Pelancaran 60 Tahun Ilmu Khas, di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, di sini hari ini.

Maszlee berkata, IPG Kampus Ilmu Khas yang merupakan Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir adalah penggerak utama kepada pelbagai idea kreatif yang dilaksanakan M10MP agar perhimpunan mingguan sekolah lebih ceria dengan memperkenalkan aktiviti berkonsepkan amalan berimpak tinggi, berpusatkan murid sekali gus membentuk kemenjadian murid dalam waktu yang singkat.

Selain itu, ia turut mengetengahkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), kreativiti, pentaksiran dan atribut diri yang digabung secara komprehensif dalam perhimpunan tersebut.

Pada 2017, M10MP memperkenalkan elemen KBAT manakala pentaksiran berasaskan sekolah merupakan elemen yang dipilih pada tahun lepas. – BERNAMA

Artikel Penuh:https://www.mynewshub.tv/terkini/amalan-penghayatan-nilai-jadi-fokus-utama-m10mp/


SESI PENILAIAN AKHIR TAHUN INISIATIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) TAHUN 2018 DAN MAJLIS PENYAMPAIAN MANDAT DAN WATIKAH PELANTIKAN

11 Februari 2019 (Isnin)
Dewan Serbaguna Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 9, Blok E12, Putrajaya

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) akan mengadakan Sesi Penilaian Akhir Tahun Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2018 dan Majlis Penyampaian Mandat dan Watikah Pelantikan bagi Inisiatif Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2019.

Tujuan utama Sesi Penilaian Akhir Tahun diadakan adalah untuk menyemak dan mengkaji status pencapaian pelaksanaan inisiatif PPPM tahun 2018 daripada bahagian peneraju inisiatif disamping mengetahui isu-isu utama yang timbul serta cadangan penyelesaian dan perancangan masa hadapan. Sesi penilaian ini akan diteruskan dengan Majlis Penyampaian Mandat dan Watikah Pelantikan kepada Pengarah dan Setiausaha Bahagian selaku Peneraju Insiatif serta Pelantikan Pengurus Program dan Ketua Alur Kerja bagi Inisiatif PPPM untuk tahun 2019.

Sesi Penilaian Akhir Tahun Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2018 dan Majlis Penyampaian Mandat dan Watikah Pelantikan telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik dan turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia - YB Puan Teo Nie Ching, Dato' Dr Mohd Gazali Abas - Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran dan seluruh ketua bahagian kementerian.


Contact Us

Education Performance and Delivery Unit (PADU)
Level 3, Block E9, Complex E Precint 1
Federal Government Administrative Centre
62604 Putrajaya
Malaysia

03-88881001

03-88881146

info@padu.edu.my