kaedah pembelajaran PAK21 melalui pembikinan filem pendek

kaedah pembelajaran PAK21 melalui pembikinan filem pendek

Pembelajaran berasaskan video atau filem pendek bukan sahaja dapat menggalakkan strategi pembelajaran di kalangan pelajar. Bahkan, membantu pendidik memudahkan aktiviti pengajaran di samping menimbulkan rasa seronok di kalangan pelajar. Sepertimana yang dilakukan oleh Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib ini.

Sebagai usaha memberikan motivasi belajar dan menimbulkan minat dalam pembelajaran, Cikgu Hailmi kongsi kaedah pembelajaran PAK21 melalui pembikinan filem pendek mengenai pencemaran. Pelajar menjadi lebih aktif, kreatif dan berdaya saing untuk menimba ilmu pengetahuan.

Apakah itu PAK 21?

Malaysia merupakan sebuah negara yang berkembang pesat seiring dengan ledakan globalisasi pada masa kini. Dalam menuju ke arah pendidikan bertaraf dunia, Malaysia perlu membawa suatu perubahan yang akan memberi kesan kepada dunia pendidikan. Oleh itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah meneliti perkara-perkara yang perlu dilaksanakan dan berusaha untuk menjayakan usaha tersebut. Bersesuaian dengan matlamat dan zaman, KPM telah melaksanakan pembelajaran abad ke-21 (PAK21) bermula pada tahun 2014.

Kini, PAK21 telah menjadi satu isu yang hangat dalam dunia pendidikan kerana ia dilihat mampu memenuhi keperluan pendidikan pada masa kini, di samping membawa perubahan baru dalam dunia pendidikan. PAK21 dikatakan sebagai proses pembelajaran yang berpusatkan kepada murid. Terdapat beberapa elemen yang diterapkan, iaitu komunikasi, kolaboratif, pemikiran kritis, kreativiti serta aplikasi nilai murni dan etika. Elemen-elemen ini juga disebut sebagai standard asas dalam PAK21.

 

 

Artikel penuh: https://www.karangkraf.com/gps-bestari/cikgu-hailmi-kongsi-kaedah-pembelajaran-pak21-melalui-pembikinan-filem-pendek-inilah-caranya-1.924273

Sumber Gambar: PEMBELAJARAN ABAD KE-21 – KPM & KUMPULAN MEDIA KARANGKRAF

Video: Cikgu Norhailmi Abdul Mutalib