SK Convent (2) Bukit Nanas juara Choral Speaking 2018 Bank Rakyat

SK Convent (2) Bukit Nanas juara Choral Speaking 2018 Bank Rakyat

KUALA LUMPUR 19 Sept. – Sekolah Kebangsaan (SK) Convent (2) Bukit Nanas di sini muncul juara pertandingan Choral Speaking 2018 anjuran Bank Rakyat mengalahkan empat lagi sekolah di Esplanade, Suria Kuala Lumpur City Centre (KLCC) di sini, Ahad lalu.

Kemenangan bagi kategori sekolah rendah itu memboleh­kan mereka membawa pulang baucar akaun simpanan i-Bank Rakyat bernilai RM5,000,

Bank Rakyat dalam satu kenya­taan memaklumkan, per­tandingan tersebut disertai ma­sing-masing lima sekolah rendah dan menengah.

Ketua Pemasaran dan Komunikasi Bank Rakyat, Nizam Sani berkata, pertandingan diadakan bersempena sambutan Hari Malaysia bagi menyemarakkan semangat Sayangi Malaysiaku dalam kalangan generasi muda.

“Pertandingan merupakan inisiatif Kelab Nuri Bank Rakyat dan sepanjang penyertaan dibuka sejak 20 Julai sehingga 28 Ogos lalu, kita menerima sam­butan menggalakkan daripada 88 buah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara melibatkan 1,848 pelajar.

“Pemilihan pasukan yang layak ke peringkat akhir dinilai menerusi video berdurasi tidak lebih lima minit bertemakan Young and Proud Malaysians bagi kategori sekolah rendah dan Innovation and Sustainable Malaysia bagi kategori sekolah menengah,” jelasnya dalam kenyataan itu di sini, hari ini.

Tempat kedua dimenangi SK Subang Jaya, Selangor manakala ketiga, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina St. Joseph, Papar, Sabah de­ngan masing-masing membawa pulang RM3,000 dan RM2,000.

Turut serta dalam pusingan akhir bagi kategori sekolah rendah ialah SK Jalan 3 Bandar Baru Bangi, Selangor dan SK Pasir Gudang 4, Johor.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/sk-convent-2-bukit-nanas-juara-i-choral-speaking-i-2018-bank-rakyat-1.750902#ixzz5RbM4OivA 
Gambar: Utusan Online

Contact Us

Education Performance and Delivery Unit (PADU)
Level 3, Block E9, Complex E Precint 1
Federal Government Administrative Centre
62604 Putrajaya
Malaysia

03-88881001

03-88881146

info@padu.edu.my