Pentaksiran alternatif ganti peperiksaan Tahun 1,2 dan 3

Pentaksiran alternatif ganti peperiksaan Tahun 1,2 dan 3

KUALA LUMPUR 4 Sept.- Pentaksiran alternatif akan menggantikan peperiksaan formal bagi murid Tahap Satu Tahun 1,2 dan 3 di semua sekolah rendah bermula tahun depan.

Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr. Amin Senin berkata, bentuk pentaksiran itu akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran dan tidak lagi memberi penekanan kepada peperiksaan atau berorientasikan peperiksaan.

Menurut Dr. Amin, pentaksiran alternatif sesuai dimulakan pada Tahap Satu sekolah rendah kerana pertumbuhan murid yang berlaku dengan pesat dalam tempoh tersebut.

Pembelajaran pada tahap berkenaan juga penting sebagai asas untuk meurid mengoptimumkan perkembangan dan pertumbuhan mereka pada tahap pembelajaran yang seterusnya.

“Pentaksiran alternatif dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran melalui aktiviti seperti perbincangan, persembahan, kerja projek, tugasan, amali, pemerhatian, portfolio, pameran dan aktiviti pentaksiran lain.

“Selaras dengan kaedah Pembelajaran Abad Ke-21 yang berteraskan elemen koloborasi, kreativiti, komunikasi, pemikiran kritis dan nilai,” kata Dr. Amin  dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pentaksiran alternatif adalah sebahagian daripada proses pembelajaran serta seiring dengan pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) salah satu daripada komponen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PB) yang berfokus kepada perkembangan dan kemenjadian murid secara holistik.

Menerusinya akan menggalakkan guru untuk mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran seperti melaksanakan pengajaran berbeza dan pengajaran pemulihan mengikut tahap keupayaan murid.

Hasil pentaksiran boleh membantu guru dan ibu bapa untuk menilai dan menambah baik pembelajaran murid

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/sekolah/pentaksiran-alternatif-ganti-peperiksaan-tahun-1-2-dan-3-1.781100#ixzz5W7wU2Yvn 
Gambar: Utusan Online

Contact Us

Education Performance and Delivery Unit (PADU)
Level 3, Block E9, Complex E Precint 1
Federal Government Administrative Centre
62604 Putrajaya
Malaysia

03-88881001

03-88881146

info@padu.edu.my