Inisiatif Utama

Efficiency Access Quality Equity Unity

2019

X

Peningkatan Akses daripada Peringkat Prasekolah hingga Menengah Atas

Visi

Semua kanak-kanak mendapat akses pendidikan yang berkualiti daripada peringkat prasekolah hingga peringkat menenggah atas

Rasional & Hasrat

  • Setiap kanak-kanak berpeluang mendapat pendidikan yang berkualiti daripada peringkat prasekolah hingga menengah atas
  • Mencapai matlamat pendidikan global Sustainable Development Goal 4 (SDG4-Education 2030) yang telah dipersetujui bersama-sama UNESCO
  • Menyokong Dasar pendidikan wajib 11 tahun yang akan dikuatkan dan dipatuhi mulai 2020

Keberhasilan

  • Enrolmen Universal pada semua peringkat pendidikan daripada prasekolah hingga menengah atas
  • Enrolmen dalam bidang TVET sebanayak 10 peratus menjelang tahun 2020

Pengurus Program: YBhg. Datin Haryati binti Mohamed Razali
Bahagian: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kualiti

Inisiatif Utama

X

Pembudayaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi dalam Pembelajaran Abad ke-21

Visi

Murid yang berpengetahuan, berkemahiran berfikir aras tinggi dan berdaya saing di peringkat global.

Rasional & Hasrat

  • Merealisasikan kemenjadian murid berdasarkan aspirasi murid seperti yang dihasratkan dalam PPPM 2013 – 2025.
  • Meningkatkan keupayaan murid untuk bersaing di peringkat global.
  • Melonjakkan kedudukan negara pada kedudukan satu pertiga teratas dalam pentaksiran antarabangsa menjelang 2025.

Keberhasilan

  • Peningkatan keupayaan murid untuk mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran berfikir aras tinggi dalam menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi serta mencipta sesuatu.
  • Peningkatan kompetensi guru dan pentadbir sekolah dalam merealisasikan pembelajaran abad ke-21.

Pengurus Program: Dr. Rusilawati binti Othman
Bahagian: Bahagian Pembangunan Kurikulum

X

Perkukuhan Pendidikan STEM

Visi

Negara mempunyai modal insan dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) yang berkualiti dan mencukupi bagi memacu ekonomi.

Rasional & Hasrat

  • Meningkatkan minat murid terhadap STEM melalui pendekatan pembelajaran secara formal, bukan formal dan tidak formal.
  • Meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan kebolehan guru dalam melaksanakan pendidikan STEM melalui program peningkatan kompetensi guru.
  • Meningkatkan kesedaran murid dan orang awam melalui kempen kesedaran pendidikan STEM di pelbagai peringkat.

Keberhasilan

Peningkatan bilangan murid yang berkebolehan dan berkemahiran untuk berfikir secara logik, mengguna teknologi, menyelesai masalah dan berinovasi.

Pengurus Program: Pn Hjh. Anita binti Isa
Bahagian: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

X

Pelaksanaan Program Transformasi Daerah

Visi

Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) berupaya menjalankan peranan secara cekap dan berkesan untuk meningkatkan kualiti pendidikan di setiap sekolah.

Rasional & Hasrat

PPD adalah organisasi yang paling hampir dengan sekolah dan lebih mengetahui kekuatan dan kelemahan sekolah-sekolah dalam daerah untuk menyokong peningkatan prestasi sekolah.

Keberhasilan

  • Jurang pencapaian akademik antara bandar dengan luar bandar merapat sebanyak 50%,
  • Jurang pencapaian akademik sosioekonomi dan jurang pencapaian jantina dirapatkan sebanyak 25%.
  • Semua PPD melebihi standard penarafan kecemerlangan PPD (PKPPD).

Pengurus Program: En. Mohd Fuzi bin Mohd Nor
Bahagian: Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

X

Peluasan Pelaksanaan Pelibatan Ibu Bapa dan Komuniti dalam Ekosistem Sekolah

Visi

Rasional & Hasrat

Keberhasilan

Pengurus Program:
Bahagian:

X

Pengukuhan Pendidikan Bahasa Inggeris

Visi

Setiap murid mencapai penguasaan bahasa Inggeris yang diaspirasikan berdasarkan piawaian antarabangsa CEFR.

Rasional & Hasrat

Membolehkan pihak yang terlibat bekerjasama menggerakkan pendidikan Bahasa Inggeris (BI) dari segi kurikulum, PdP, pentaksiran dan latihan perguruan serta pelaksanaan program BI

Keberhasilan

Menjelang tahun 2025, murid akan berupaya menguasai kemahiran Bahasa Inggeris
mengikut tahap aspirasi berikut:

  • Prasekolah: Menuju ke A1
  • Sekolah Rendah Tahap 1: A1
  • Sekolah Rendah Tahap 2: A2
  • Menengah Rendah: B1
  • Menengah Atas: B1/B2
  • Pasca Menengah: B2
  • Universiti: B2/C1*

Menjelang tahun 2025, setiap guru BI hendaklah menguasai kemahiran Bahasa Inggeris
mengikut tahap aspirasi berikut:

  • Guru BI: C1
  • Teacher Educator: C2

Pengurus Program: Pn. Audrey Lim Bee Yoke
Bahagian: English Language Teaching Centre

X

Pemartabatan Pendidikan Bahasa Melayu

Visi

Peningkatan profesionalisme guru ke arah penguasaan murid dalam penggunaan
Bahasa Melayu standard.

Rasional & Hasrat

  • Pelaksanaan inisiatif pendidikan Bahasa Melayu yang menyeluruh ke arah pemartabatan pendidikan Bahasa Melayu.
  • Meningkatkan kompetensi dan pedagogi terkini guru bahasa Melayu (kurikulum, kokurikulum, pentaksiran, Pembangunan Profesionalisme Berterusan, Penyelidikan dan Inovasi) untuk meningkatkan pencapaian murid secara holistik.
  • Pemupukan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu yang berdasarkan KSBM ke arah pembentukan identiti nasional dalam kalangan guru, murid dan komuniti.

Keberhasilan

  • Murid kompeten dalam penggunaan bahasa Melayu standard untuk melaksanakan aktiviti kurikulum dan kokurikulum.
  • Peningkatan pencapaian kepujian dalam Bahasa Melayu SPM 2018.
  • Peningkatan pencapaian murid dalam mata pelajaran BM UPSR 2019.
  • Guru Bahasa Melayu menguasai berkemahiran berbahasa dan pedagogi terkini BM.
  • Pengiktirafan KSBM pada peringkat tempatan dan antarabangsa sebagai standard penguasaan dan pemerolehan Bahasa Melayu.

Pengurus Program: En. Lokman bin Abd Wahid
Bahagian: Institut Pendidikan Guru, Kampus Bahasa Melayu

X

Pemerkasaan Institusi Pendidikan Guru dan Insititut Aminuddin Baki

Visi

Rasional & Hasrat

Keberhasilan

Pengurus Program: Pn. Mistirine binti Radin
Bahagian: Institut Aminuddin Baki

X

Peningkatan Akses dan Kualiti Pendidikan bagi Murid Berkeperluan Khas

Visi

Murid Berkeperluan Khas berpeluang mencapai potensi individu secara
optimum

Rasional & Hasrat

  • Meningkatkan akses kepada pendidikan murid berkeperluan khas (MBK) daripada peringkat prasekolah sehingga pendidikan lepas menengah.
  • Meningkatkan potensi MBK ke tahap optimum supaya mereka mampu berdikari, dan memanfaatkan keupayaan dan kebolehan ke arah kehidupan bermakna untuk kesejahteraan diri, keluarga, komuniti dan negara.
  • Meningkatkan kefahaman dan kesedaran warga sekolah dan masyarakat tentang MBK dan Pendidikan Khas.

Keberhasilan

MBK berupaya menjadi modal insan yang mampu berdikari ke arah kehidupan
bermakna untuk kesejahteraan diri, keluarga, komuniti dan negara.

Pengurus Program: Pn. Solehah binti Misron
Bahagian: Bahagian Pendidikan Khas

X

Pembangunan Nilai, Sahsiah dan Perpaduan di Sekolah

Visi

Modal insan yang berpengetahuan, berilmu, beretika, efektif dan berakhlak untuk memacu pertumbuhan negara bangsa yang mampan dan inklusif.

Rasional & Hasrat

  • Menangani Isu gejala sosial yang meningkat
  • Melahirkan warganegara yang mempunyai kualiti dalam semua aspek kehidupan baik dari segi pendidikan, tingkah laku (moral), pekerjaan, cara berfikir dan bertindak, kesedaran sivik yang tinggi serta sedar peranan mereka kepada agama, masyarakat dan negara.
  • Memberikan nilai tambah yang boleh meningkatkan ciri kebolehpasaran
    murid di peringkat global.

Keberhasilan

  • Murid yang seimbang dari aspek JERI dan berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
  • Penurunan peratus murid (SR/SM) dalam salahlaku berat
  • Penurunan bilangan sekolah bermasalah tinggi
  • Murid dan guru daripada sosioekonomi, agama, etnik dan lokasi yang berbeza dapat bersatu, memahami, menerima dan mengurus kepelbagaian dari segi agama, bangsa, budaya dan bahasa untuk mewujudkan identiti nasional selari dengan Perlembagaan Negara, Rukunegara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Pengurus Program: En. Mohd Rashid bin Mean
Bahagian: Bahagian Kokurikulum dan Kesenian

X

Pembiayaan Saksama bagi Peruntukan Sokongan kepada Sekolah-sekolah

Visi

Semua Sekolah Kerajaan (SK) dan Sekolah Bukan Kerajaan (SBK) mendapat pembiayaan yang saksama mengikut keperluan dan keadaan semasa.

Rasional & Hasrat

Memanfaatkan peluang kecekapan dengan mengagihkan peruntukan mengikut keutamaan.

Mengoptimumkan peruntukan yang disalur untuk keberhasilan murid.

Kesaksamaan dalam pengagihan peruntukan bantuan persekolahan mengikut keperluan dan keadaan semasa.

Keberhasilan

Pembiayaan yang saksama untuk memastikan keberhasilan murid yang maksimum.

Pengurus Program: Dr. Zainin binti Bidin
Bahagian: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

X

Pelaksanaan Transformasi ICT KPM

Visi

Ekosistem yang mantap bagi meningkatkan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan KPM

Rasional & Hasrat

  • Merealisasikan Agenda Kerajaan Digital RMK-11, Pelan Strategik ICT
    Sektor Awam, Visi KPM dan PPPM.
  • Memantapkan sistem penyampaian perkhidmatan pendidikan
    melalui: 

    • Penggunaan teknologi terkini yang sesuai dan berkeupayaan
      tinggi;
    • Pengukuhan infrastruktur ICT dan sistem aplikasi yang boleh
      diakses tanpa sempadan; dan
    • Penyediaan platform bagi tujuan perkongsian maklumat yang
      merentasi agensi.

Keberhasilan

  • Ekosistem ICT yang mantap, selamat, bersepadu dan berintegriti.
  • Gerbang tunggal dan bersepadu bagi penyampaian perkhidmatan
    berkualiti kepada rakyat dan kakitangan KPM

Pengurus Program: Pn. Suriyani Omar
Bahagian: Bahagian Pengurusan Maklumat