Sejarah PADU

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU)
ditubuhkan pada 20 Mac 2013 sebagai sebuah unit di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Peranan utama PADU ialah untuk memudah cara, menyokong, dan merealisasikan visi Kementerian Pendidikan Malaysia untuk mentransformasikan sistem pendidikan Malaysia melalui kejayaan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. PADU juga akan bekerjasama dengan Kementerian untuk membangunkan pelan tindakan pemulihan bagi memastikan penambahbaikan berterusan terhadap kualiti sistem pendidikan di Malaysia.

Unit ini akan memastikan keberkesanan penyampaian strategi, mengawal selia pelaksanaan, mengurus saling bergantungan, dan memperkenalkan pendekatan baharu yang bertujuan untuk mendorong sistem pendidikan Malaysia menjadi lebih berdaya saing pada peringkat global.