Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Mesyuarat Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK)

Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan dan Mesyuarat Ahli Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK)

Majlis penyerahan watikah pelantikan dan mesyuarat anggota Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) telah disempurnakan oleh YB Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan Malaysia.

Sebelas (11) tokoh akademik telah dilantik bagi menganggotai MPPK bagi sesi 2018-2020 yang telah berkuatkuasa 1 Ogos lalu. Mantan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Wan Mohd. Zahid bin Mohd Noordin telah dilantik sebagai pengerusi manakala Tan Sri Yong Poh Kon sebagai timbalan pengerusi. 

Senarai keanggotaan MPPK sesi 2018-2020 adalah seperti berikut:

1. Tan Sri Wan Mohd Zahid bin Mohd Noordin (Pengerusi)
2. Tan Sri Yong Poh Kon (Timbalan Pengerusi)
3. Datin Noor Azimah binti Abdul Rahim (Anggota)
4. Dato’ Satinah binti Syed Saleh (Anggota)
5. Datuk Dr. Sukiman bin Sarmani (Anggota)
6. Brig. Jen. Dato’ Yusri bin Anwar (Anggota)
7. Prof. Dr. Ruzita binti Mohd Amin (Anggota)
8. Dato’ Boonler Somch (Anggota)
9. Encik P.Ramanathan a/l Periana (Anggota)
10. Prof. Dr. Omar bin Yaakob (Anggota)
11. Prof. Madya Dr. Ramzah Dambu (Anggota)

MPPK  akan membantu Kementerian dengan memberikan pandangan dan nasihat khususnya untuk menjayakan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 serta Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) 2015-2025