Jelajah Pendidikan KPM Tahun 2018 Siri 3@Pasir Puteh, Kelantan

Jelajah Pendidikan KPM Tahun 2018 Siri 3@Pasir Puteh, Kelantan

Program Jelajah Pendidikan KPM 2018 pada siri ke-3  berlansung di Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Puteh Pasir Puteh, Kelantan pada 9 hingga 10 Mac 2018 .

Program selama 2 hari ini, masyarakat akan disajikan dengan kejayaan hasil daripada transformasi pendidikan negara dan perubahan yang berlaku dalam sistem pendidikan kita yang bakal menyediakan anak-anak mendepani cabaran masa hadapan. Inisiatif yang juga akan dikongsi dengan masyarakat termasuk bantuan persekolahan, memperkasa kualiti guru, menggalakkan perkongsian awam dan swasta serta pembangunan dan penyelenggaraan sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM.

Tahun ini KPM akan menjelajah ke enam lokasi di seluruh negara bermula di Kajang, Selangor; seterusnya ke Langkawi, Kedah; Pasir Puteh, Kelantan; Parit Buntar, Perak; Temerloh, Pahang dan Tawau, Sabah.

Jelajah Pendidikan ini adalah platform terbaik kepada masyarakat untuk bersemuka bagi bertanyakan pelbagai persoalan berkaitan pendidikan samada di peringkat prasekolah sehingga di peringkat lepas menengah.