News

Nov 6, 2017
  • Share

Terbuka Terima Idea Tambah Baik PPPM

  • no image
  • no image
  • no image
  • no image

LONDON: Kementerian Pendidikan terbuka dalam menerima sebarang idea atau pandangan pelbagai pihak termasuk pakar akademik dan pelajar di luar negara bagi menambah baik pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata kementeriannya membuka ruang seluasnya bagi perkongsian pandangan semua pihak demi kebaikan dan pemerkasaan sistem pendidikan negara.

"Kita perlukan nilai tambah dan perkongsian idea kerana apabila memasuki tahun kelima dan enam pelaksanaan (PPPM), pastinya kita perlu buat penilaian semula.

"Kami sedia terima pandangan semua pihak, dari seluruh pelusuk dunia, malah pelajar di luar negara pun tidak salah beri idea, sama ada mahu berjumpa saya atau Ketua Pengarah Pelajaran, pintu sentiasa terbuka.

"Ini adalah untuk kebaikan pendidikan negara dalam usaha kita membina sebuah negara bangsa," katanya pada sidang media selepas sesi pertemuan dan dialog dengan pelajar Malaysia di Malaysian Hall di sini, hari ini.

 

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, bertemu pelajar Malaysia yang menuntut di United Kingdom pada sesi dialog di Malaysian Hall, London, hari ini. - Foto Irwan Shafrizan Ismail

Hadir sama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke United Kingdom, Datuk Ahmad Rasidi Hazizi; Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin dan Ketua Pegawai Eksekutif Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU), Khadijah Abdullah.

Kira-kira 30 pelajar Malaysia di United Kingdom menyertai sesi itu yang antara lain bagi memberi penerangan berkenaan pembangunan pendidikan negara khususnya berkaitan pelaksanaan PPPM 2013-2025.

Mahdzir berkata, pihaknya mengalu-alukan pandangan daripada ahli akademik bagi memberi input dalam penambahbaikan PPPM.

"Kita beritahu pakar akademik seperti di Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Teknologi MARA (UiTM), kalau mereka berasa ada benda lain contohnya cara pengajaran di tadika tidak betul dan ada benda yang patut ditambah, apa salahnya kita kaji balik dan tambah baik.

 

MENTERI Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid, bertemu pelajar Malaysia yang menuntut di United Kingdom pada sesi dialog di Malaysian Hall, London, hari ini. - Foto Irwan Shafrizan Ismail

"Bukannya kita rasa bangga sudah buat yang terbaik (untuk pembangunan pendidikan negara), kita tidak akan berkata seperti itu," katanya.

Beliau berkata, kementerian juga melihat kepentingan untuk sentiasa mengadakan sesi pertemuan dan penerangan dengan pelbagai pihak bagi memberi makluman berkenaan pelan pembangunan pendidikan negara.

"Kita sudah beri penjelasan berhubung pembangunan pendidikan ini pada Persidangan Agung Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) ke-39 di Paris dan hari ini juga kita beri maklumat yang sama kepada pelajar di London.

"Selain pelaksanaan PPPM, pertemuan dan penerangan mesti dibuat sama ada membabitkan peserta antarabangsa dan pelajar di luar negara supaya mereka faham inilah yang dilakukan kerajaan berkaitan pendidikan.

"Penerangan ini perlu diteruskan kerana jika kita melihat pelan pembangunan pendidikan ini semua pihak terbabit secara langsung sama ada pihak pemegang taruh atau orang awam termasuk badan bukan kerajaan, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, alumni sekolah mahu pun pihak luar seperti UNESCO dan Pertubuhan Menteri-Menteri Pendidikan Asia Tenggara (SEAMEO)," katanya.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/346264/terbuka-terima-idea-tambah-baik-pppm

Gambar: BHarian Online

Recent News

no image
Nov 16, 2017
Bina Jati Diri Murid