Events

Nov 5, 2017
  • Share

Larian Bursa Bull Charge 2017

Start date: 14-09-2017 02:35, End date: 14-09-2017 02:35
  • no image
  • no image
  • no image
  • no image

Pada 14 September 2017, Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) telah menyertai larian Bursa Bull Charge 2017. Larian ini berlangsung di Exchange Square, Bursa Malaysia, Kuala Lumpur di bawah anjuran Bursa Malaysia.

Acara ini dianjurkan saban tahun bertujuan untuk mengumpul dana bagi disalurkan kepada badan-badan kebajikan yang terpilih. Larian ini telah memupuk budaya gaya hidup sihat sambil menderma. Hampir 2,000 peserta telah menyertai acara ini.

PADU telah menghantar 3 pasukan kategori 2.5 corporate relay (Ministry) dan 3 pelari individu bagi kategori 1.5km CEOs Run menjadikan jumlah pelari keseluruhan daripada PADU seramai 15 orang. Ini adalah kali kedua PADU dijemput menyertai larian ini.

Peluang ini telah digunakan sebaiknya oleh PADU untuk mempromosikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dengan menghias pelari-pelari PADU menggunakan pakaian khas bertemakan PPPM 2013-2025.

Encik Hairul Hilmi, Pengarah, Struktur Sistem, PADU yang menyertai 1.5km CEOs Run telah memenangi tempat ketiga bagi kategori Best Dressed CEO 2017.

Pasukan PADU 2 yang diwakili oleh empat peserta berada di kedudukan 19 bagi kategori 2.5km corporate relay (ministry), naik satu anak tangga berbanding tahun 2016.