Events

Nov 5, 2017
  • Share

Majlis Pelancaran Laporan Tahunan 2016 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025

Start date: 21-08-2017 08:46, End date: 21-08-2017 08:46
  • no image
  • no image
  • no image

Pada 21 Ogos 2017, YB Menteri Pendidikan telah melancarkan Laporan Tahunan 2016 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025. Majlis telah berlangsung di Dewan Seri Negeri, Hotel Royale Chulan, Seremban.

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) telah menjadi urus setia majlis pelancaran dengan kerjasama Bahagian di Kementerian Pendidikan Malaysia yang terdiri daripada Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Bahagian Khidmat Pengurusan (BKP), dan Unit Komunikasi Korporat (UKK) serta dibantu oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Negeri Sembilan.

Pelancaran Laporan Tahunan 2016 PPPM 2013-2025 ini diadakan selaras dengan Anjakan 11 PPPM iaitu meningkatkan ketelusan untuk kebertanggungjawaban awam secara langsung.

Laporan ini bertujuan memaklumkan rakyat mengenai pencapaian inisiatif yang telah dirancang dan dilaksanakan sepanjang tahun 2016. Ia merupakan laporan lengkap mengenai inisiatif yang telah dilaksanakan, cabaran yang dilalui dan pencapaian yang telah berjaya diperolehi sepanjang tahun 2016.

Majlis ini telah telah berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh hampir 450 jemputan.

Untuk mendapatkan liputan lanjut, sila layari PADU Facebook Page: https://www.facebook.com/padu.pppm/posts/678746402322240