Events

Mar 31, 2017
  • Share

Program Jelajah KPM & Dialog Pendidikan PPPM 2017 - Terengganu

Start date: 24-03-2017 08:00, End date: 25-03-2017 17:00
  • no image
  • no image
  • no image
  • no image

Program Jelajah KPM 2017 telah berlangsung selama dua hari bermula pada 25 Mac 2017 di Mydin Mall Kuala Terengganu.

PADU turut mengadakan soal selidik ringkas  secara atas talian dan bertulis bertujuan mendapatkan pandangan dan cadangan warga pendidik dan orang awam untuk membantu Kementerian Pendidikan Malaysia meningkatkan kualiti pendidikan dan menambah baik pelbagai program yang sedang dijalankan di bawah PPPM.

Sila layari https://goo.gl/k8bcaa untuk memberikan maklum balas bagi meningkatkan prestasi dan kualiti pendidikan negara.

Program Penerangan Dasar KPM dan Dialog Pendidikan PPPM telah berlangsung pada 26 Mac 2017 di Taman Tamadun Islam Kuala Terengganu.

Program Penerangan Dasar dimulakan oleh Datuk Lokman Noor Adam   Pengarah Komunikasi Strategik di Kementerian Kewangan dan diikuti oleh penerangan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Sesi Dialog Pendidikan PPPM, yang dikendalikan oleh YB Menteri Pendidikan telah menarik perhatian lebih 1,500 orang peserta. Semasa sesi dialog berkenaan, peserta diberi peluang untuk mengajukan persoalan dan YB Menteri telah memberikan maklumbalas segera berdasarkan soalan yang diajukan.