Articles

May 16, 2017
  • Share

20 Inisiatif Utama PPPM Pacu Sistem Pendidikan

no image

ISKANDAR PUTERI 16 Mei - 20 inisiatif utama Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2016-2020 diteruskan bagi memacu peningkatan sistem pendidikan di negara ini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir berkata, PPPM 2016-2020 merupakan gelombang kedua bagi meneruskan agenda besar pembaharuan PPPM 2013-2025.

"Antara contoh inisiatif tersebut ialah Pengukuhan Perpaduan di Sekolah, Pembudayaan Kemahiran Berfikir Dalam Pembelajaran Abad Ke-21 dan Perkukuhan Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

"Selain itu Program Transformasi Daerah, Peluasan Penglibatan Sektor Swasta dan Pelaksanaan Struktur Baharu Kementerian Pendidikan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Hari Guru Peringkat Kebangsaan Ke-46 di Educity Sports Complex, di sini hari ini.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Yang turut hadir, Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan, Datuk Seri Alias Ahmad dan Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Dr. Khair Mohamad Yusof. - UTUSAN ONLINE

Sumber: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/20-inisiatif-utama-pppm-pacu-sistem-pendidikan-1.482016

Gambar: Utusan Online