Penyelidik muda SMK Mengkuang, rangkul pingat emas di Ipitex 2019

Seramai empat pelajar dari SMK Mengkuang, Pulau Pinang berjaya mengharumkan nama negara sewaktu yang mewakili Malaysia ke Pameran Inovasi, Harta Intelek dan Teknologi Antarabangsa (Ipitex) 2019 di Bangkok, Thailand baru-baru ini.

Ia ekoran kejayaan penyelidik muda itu menghasilkan medium tanaman ‘vetaP cube smart companion for shade tolerant vegetables’ yang berjaya mencuri perhatian juri pertandingan.

Ipitex 2019 yang berlangsung pada 2 hingga 6 Febuari 2019 lalu turut disertai oleh pelbagai negara antaranya, Thailand, Kanada, Jepun, Korea Selatan dan China.

 

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/komuniti/penyelidik-muda-smk-mengkuang-rangkul-pingat-emas-di-ipitex-2019-1.843945
Gambar: Kosmo


Kementerian Pendidikan, PDRM kerjasama bentuk sahsiah murid

SEMENYIH - Program Jom Ke Sekolah adalah sebahagian daripada usaha Kementerian Pendidikan Malaysia dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia untuk  meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian murid dalam membentuk sahsiah murid yang terpuji.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, pihak sekolah khususnya guru dapat  memainkan peranan sebagai  pendidik, pembimbing dan pemudahcara  disamping berperanan sebagai guru displin.

“Aspek kemenjadian murid harus dilihat secara holistik dan menyeluruh daripada segi akademik, sahsiah, kokurikulum dan sukan.

“Bagi menarik minat murid ke sekolah, pendekatan sekolah terutamanya dalam pengajaran dan pembelajaran haruslah sentiasa menarik dan berkesan,” katanya.

Maszlee berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia  telah melaksanakan pelbagai inisiatif termasuk penerapan  elemen pembelajaran menyeronokkan dengan konsep sekolah penyayang dan menangani isu keciciran murid.

“Kita perlu memastikan murid-murid gembira ke sekolah  sekaligus dapat melahirkan insan yang seimbang  dan harmoni merangkumi aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani,” katanya pada perasmian Majlis Permuafakatan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia: Program Jom Ke Sekolah Peringkat  Kebangsaan 2019 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Tasik Kesuma, di sini, semalam.

Majlis tersebut merupakan program kolaborasi antara  Kementerian Pendidikan  Malaysia dan Polis Diraja Malaysia dalam usaha menangani permasalahan disiplin dan salah laku murid. Penglibatan polis dalam kawasan sekolah adalah melalui Pegawai Perhubungan Sekolah di semua sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Maszlee berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia  menggalakkan sekolah menyedia dan menggunakan ‘Papan Kenyataan Pegawai  Perhubungan Sekolah’.

“Papan kenyataan ini dapat digunakan semaksimum mungkin oleh warga sekolah dan Pegawai Perhubungan  Sekolah, pihak berkepentingan dapat menyalurkan  maklumat kepada pihak sekolah berkaitan informasi dan berita tentang kepolisan,” katanya.

Artikel Penuh: https://www.karangkraf.com/gps-bestari/kementerian-pendidikan-pdrm-kerjasama-bentuk-sahsiah-murid-1.922193
Gambar: GPS Bestari


Amalan, Penghayatan Nilai Jadi Fokus Utama M10MP

KUALA LUMPUR – Modul 10 Minit Perhimpunan (M10MP) yang dilaksanakan sewaktu perhimpunan mingguan di sekolah rendah dan menengah tahun ini bakal memberi fokus kepada elemen amalan dan penghayatan nilai di samping mencetuskan budaya berfikir.
Menteri Pendidikan, Maszlee Malik berkata, modul yang diperkenalkan sejak 2017 ini telah memperkasakan komponen Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21).

“Evolusi perhimpunan sekolah alaf baharu perlu diperkasa bersesuaian dengan keperluan dan hasrat kementerian untuk mencapai kemenjadian murid daripada pelbagai kemahiran.

“Ucapan berjela-jela, leteran panjang dan aktiviti perhimpunan yang bersifat sehala perlu diubah serta-merta,” katanya ketika berucap merasmikan Program Wadah Perhimpunan Sekolah Alaf Baharu dan Pelancaran 60 Tahun Ilmu Khas, di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Ilmu Khas, di sini hari ini.

Maszlee berkata, IPG Kampus Ilmu Khas yang merupakan Pusat Kecemerlangan Kemahiran Berfikir adalah penggerak utama kepada pelbagai idea kreatif yang dilaksanakan M10MP agar perhimpunan mingguan sekolah lebih ceria dengan memperkenalkan aktiviti berkonsepkan amalan berimpak tinggi, berpusatkan murid sekali gus membentuk kemenjadian murid dalam waktu yang singkat.

Selain itu, ia turut mengetengahkan elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), kreativiti, pentaksiran dan atribut diri yang digabung secara komprehensif dalam perhimpunan tersebut.

Pada 2017, M10MP memperkenalkan elemen KBAT manakala pentaksiran berasaskan sekolah merupakan elemen yang dipilih pada tahun lepas. – BERNAMA

Artikel Penuh:https://www.mynewshub.tv/terkini/amalan-penghayatan-nilai-jadi-fokus-utama-m10mp/


SESI PENILAIAN AKHIR TAHUN INISIATIF PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA (PPPM) TAHUN 2018 DAN MAJLIS PENYAMPAIAN MANDAT DAN WATIKAH PELANTIKAN

11 Februari 2019 (Isnin)
Dewan Serbaguna Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 9, Blok E12, Putrajaya

Unit Pelaksanaan dan Prestasi Pendidikan (PADU) akan mengadakan Sesi Penilaian Akhir Tahun Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2018 dan Majlis Penyampaian Mandat dan Watikah Pelantikan bagi Inisiatif Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2019.

Tujuan utama Sesi Penilaian Akhir Tahun diadakan adalah untuk menyemak dan mengkaji status pencapaian pelaksanaan inisiatif PPPM tahun 2018 daripada bahagian peneraju inisiatif disamping mengetahui isu-isu utama yang timbul serta cadangan penyelesaian dan perancangan masa hadapan. Sesi penilaian ini akan diteruskan dengan Majlis Penyampaian Mandat dan Watikah Pelantikan kepada Pengarah dan Setiausaha Bahagian selaku Peneraju Insiatif serta Pelantikan Pengurus Program dan Ketua Alur Kerja bagi Inisiatif PPPM untuk tahun 2019.

Sesi Penilaian Akhir Tahun Inisiatif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2018 dan Majlis Penyampaian Mandat dan Watikah Pelantikan telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dr Maszlee Malik dan turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Malaysia - YB Puan Teo Nie Ching, Dato' Dr Mohd Gazali Abas - Ketua Setiausaha, Kementerian Pendidikan Malaysia, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran dan seluruh ketua bahagian kementerian.


Langkah strategik kembang PAK21

JOHOR BAHRU - Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Johor 2019-2023 diyakini mampu menjadi pemacu dalam meningkatkan kesedaran dan kepentingan  ekosistem alam sekitar sihat dalam kalangan pelajar.

Exco Hal Ehwal Agama Islam dan Pendidikan Johor, Aminolhuda Hassan berkata,  usaha itu dilihat sebagai langkah strategik memperkembangkan pendidikan Sains, Matematik, Kejuruteraan dan Teknologi (Stem) dan pembelajaran abad ke- 21 (PAK21) sebagai karakter pendidikan Johor.

“Melalui proses pembangunan potensi yang holistik dan komprehensif,  kita mampu melahirkan modal insan kelas pertama di sekolah-sekolah di negeri Johor.

“Pendidikan alam sekitar hendaklah dihayati bagi membolehkan  anak didik kita iaitu generasi yang akan mentadbir negara suatu hari  nanti dapat menjadi sebahagian penyelesaian kepada masalah utama dunia.

“Seterusnya anak didik kita ini boleh bergerak secara proaktif dan produktif bagi meningkatkan kualiti kehidupan  dan nilai murni tanpa membawa kerosakan kepada  alam sekitar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Seminar dan  Majlis Pelancaran Pelan Tindakan Pendidikan Kelestarian Johor 2019-2023, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultanah Engku Tun Aminah, di sini, semalam.

Aminolhuda berkata, Johor menerajui PAK21 sejak beberapa tahun lepas bertujuan menyediakan anak didik di negeri ini menghadapi cabaran masa akan datang. 

Sumber: https://www.karangkraf.com/gps-bestari/langkah-strategik-kembang-pak21-1.921535
Gambar: GPS Bestari


Gong daripada tong dram iringi kejayaan emas Sekolah Seni Perak di Beijing

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Alat muzik yang dimainkan adalah barang-barang yang dikitar semula, tetapi hasil kreativiti pelajar dan guru-guru Sekolah Seni Malaysia Perak (SSeMP), Sungai Siput itu berjaya mengharumkan nama Malaysia di peringkat antarabangsa.

Persembahan teater ‘Mek Mulung-Hikayat Puteri 12 Beradik’ yang diiringi pukulan dua biji gendang dan gong yang diperbuat daripada tong dram, berjaya meraih emas di China Youth Spring Festival Gala Night & Global Youth Talent 2019, Sabtu lepas.

Guru Penolong Kanan Kesenian SSeMP Zuraini Abdullah berkata persembahan berdurasi lima minit oleh pelajar-pelajar teater Tingkatan Dua dan Tingkatan Tiga SSeMP itu diakui amat membanggakan walaupun kekurangan peralatan dan dana.

Artikel Penuh: http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1689595
Gambar: BERNAMA


Tambah baik program untuk jamin kebolehpasaran pelatih KV

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan akan menambah baik program yang ditawarkan di Kolej Vokasional (KV) dikendalikan kementerian bagi memastikan setiap program memperoleh akreditasi yang sewajarnya, melalui Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), sekali gus meningkatkan tahap kebolehpasaran pelatih.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, berkata selepas tujuh tahun program peringkat Diploma Kolej Vokasional diperkenalkan, sudah tiba masanya program yang ditawarkan di KV memberi keutamaan kepada standard pendidikan yang tinggi selaras dengan hasrat melahirkan pelatih yang berkualiti tinggi.

Beliau berkata, langkah-langkah penambahbaikan ini sudah dibincang dan diberi pertimbangan mendalam sejak Mei tahun lalu, malah ia sudah melalui siri perbincangan dengan pelbagai pemegang taruh.

“Kementerian juga sudah mengadakan perbincangan bersama ibu bapa dan pelajar-pelajar serta pihak industri mengenai program yang ditawarkan di KV.

“Majoriti pemegang taruh menyambut baik hasrat KPM untuk membawa penambahbaikan yang relevan demi kepentingan pelajar dan negara,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, langkah penambahbaikan ini diambil selari dengan syor dan pandangan yang dikemukakan oleh pelbagai pemegang taruh termasuk Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP).

Amin berkata, tanggapan atau dakwaan sesetengah pihak bahawa program tertentu sudah ditutup atau dihentikan adalah tidak tepat sama sekali.

Sebaliknya, tambah beliau, program berkenaan ditangguh untuk sementara waktu bagi tujuan semakan semula kurikulum demi memenuhi keperluan akreditasi MQA dan Jabatan Pembangunan Kemahiran.

“Ia bagi memastikan program yang ditawarkan adalah program yang bermutu dan berkualiti serta dapat dibawa ke tahap yang lebih tinggi bagi memenuhi permintaan industri.

“Adalah menjadi hasrat kementerian untuk memastikan persijilan dan piawaian industri dipatuhi serta dijadikan rujukan utama dari aspek kebolehpasaran, peningkatan kemahiran dan penambahbaikan kurikulum,” katanya.

Kementerian Pendidikan melaksanakan Transformasi Pendidikan Vokasional pada tahun 2012, dengan menyediakan program peringkat Diploma, selaras dengan hasrat kerajaan untuk memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam bidang kemahiran dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri negara.

Sistem Pendidikan Vokasional yang disediakan adalah berkualiti menerusi penyelarasan dasar pengoperasian, pembangunan prasarana fizikal dan penyediaan fasiliti serta program pengurusan akademik yang terancang dan berkesan untuk kemenjadian murid.

Ia turut bermanfaat untuk pengurusan sumber manusia, kewangan, pentadbiran dan hal ehwal murid yang berkesan, dan pembangunan profesionalisme berterusan yang terancang untuk guru serta pegawai.

Kementerian menetapkan sasaran menyediakan 70 peratus pelajar sebagai tenaga mahir untuk bekerja di industri manakala, 20 peratus lagi menyambung pengajian dan baki 10 peratus untuk menjadi usahawan.

 

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2019/01/524694/tambah-baik-program-untuk-jamin-kebolehpasaran-pelatih-kv
Gambar: NSTP


SMK Tanjung Datuk Rangkul Pinggat Emas dan Anugerah Khas Pertandingan Ciptaan dan Reka Bentuk Antarabangsa

KOTA TINGGI: Berbekalkan produk inovasi alat penapis sisa makanan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Datuk, Pengerang di sini, berjaya membawa pulang Anugerah Gold Medal dan Anugerah Khas sempena Pertandingan Ciptaan dan Reka Bentuk Antarabangsa di Hong Kong (Hong Kong IIDC 2018).

Dengan kejayaan pada pertandingan yang membabitkan kira-kira 160 penyertaan dari Jepun, Russia, Indonesia, Maghribi, Thailand, Taiwan, China dan Hong Kong, SMK Tanjung Datuk, Pengerang berjaya mengharumkan nama negara.

Dengan nama produk ‘An Apparatus For Treating Emulsion’ (FWF-EM), hasil rekaan empat pelajar, Fitri Hanani Azlen, 16; G Bavanee, 15; serta Sim Sau Yang dan Lim Wei Zhe masing-masing 17 tahun, itu berjaya menambat hati juri dalam pertandingan yang berlangsung di Pusat Konvensyen dan Pameran Hong Kong, Hong Kong, pada 4 hingga 7 Disember lalu.

Pasukan itu turut disertai tiga kru atau pelajar pembantu, tujuh guru pengiring dan seorang kakitangan sekolah.

Menurut Pengurus Pasukan, Latifah Saat, FWF-EM adalah sejenis alat penapis sisa makanan dari sinki yang direka untuk menyelesaikan masalah penjagaan pembersihan penapis itu daripada enapan sisa makanan dan minyak yang mana ia bagi mengelak sisa makanan terus dibuang ke longkang.

“Produk ini dihasilkan dengan gabungan penggunaan rawatan kultur ‘Effective Microotganism’ (EM).

“Objektif utama projek ini adalah untuk mengurangkan masalah alam sekitar terutamanya pencemaran air, selain untuk mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengendali makanan seperti kedai makan, hotel atau restoran dan juga rumah tentang kepentingan memelihara alam sekitar,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata, alat penapis itu direka dan dibina daripada bekas persegi plastik dengan beberapa komponen penyekat di dalamnya yang bertindak sebagai dinding penghadang bagi melambatkan pengaliran air sisa makanan di dalam penapis.

Katanya, ia membolehkan rawatan kultur EM bertindak dengan berkesan bagi merawat sisa lemak dan kotoran sebelum dialirkan keluar dan sisa makanan yang terperangkap dalam bekas penapis itu dirawat untuk dijadikan baja.

“Alat penapis ini dipasang di sinki dekat lima lokasi berbeza sejak tahun 2011 sehingga kini dan ia juga akan digunakan oleh sebuah institusi di Selangor untuk dipasang di masjid sekitar negeri itu pada tahun depan.

“Data projek sudah dikumpulkan dan diuji melalui ujian BOD dan nilai pH pada air buangan di longkang yang mana sebelum pemasangan penapis FWF- EM, terdapat banyak sisa makanan dan minyak dalam longkang dan ujian BOD serta pH juga menunjukkan kualiti air longkang yang teruk iaitu tahap pencemaran yang tinggi.

“Namun, selepas pemasangan FWF-EM, didapati longkang bebas daripada sisa makanan dan enapan minyak dan ujian BOD serta pH menunjukkan tahap kualiti air longkang bertambah baik iaitu tahap pencemaran air berkurangan,” katanya.

Menurut Latifah, manfaat daripada projek itu adalah untuk menghapuskan sisa makanan mentah di saliran, membantu untuk mengurangkan pencemaran air, membantu untuk menyelamatkan hidupan akuatik dan membantu untuk mewujudkan kesedaran di kalangan orang ramai mengenai alam sekitar.

Artikel Penuh: https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2018/12/514490/smk-tanjung-datuk-di-pengerang-harumkan-nama-negara
Gambar: BH Online


21st Century Learning Teachers Campaign Launch

The Ministry of Education Malaysia (MOE) via the Education Performance and Delivery Unit (PADU) organized a 21st Century Learning Teachers Campaign Launch. The campaign was officiated by the Minister of Education, Dr. Maszlee Malik and was attended by teachers, students, key opinion leaders, and representatives from MOE & PADU.

21st Century Learning, or Pembelajaran Abad ke-21 (PAK21), refers to the MOE’s initiative which champions a student-centred learning process that is steered by five elements of communication, collaboration, critical thinking, creativity, and values and ethics (4C1V). PAK21 defines the pertinent knowledge, competency, and characteristics that students should embody to be competitively relevant and empowered to take on the challenges of 21st Century volatilities. The primary objective of the 21st Century Learning Teachers Campaign is to celebrate and share best practices of how teachers bring PAK21 into their classrooms. Teachers who are teaching in Malaysian national schools will be able to upload their creative strategies of bringing PAK21 into their classrooms through a 300-word write-up or a 3-minute video on the campaign’s official website at http://www.gurupak21.com/. At the end of the campaign, 10 teachers with the most effective and creative strategies will be selected to receive professional mentorship, win attractive prizes, and receive a private audience with the Minister of Education, YB. Dr. Maszlee Malik.

The event started off with opening remarks by Datin Rosliza Binti Rosli, the Director of the Student Learning Sector of PADU. In her opening remarks, she outlined the importance of the role of teachers in schools in enculturing the much-needed 21st century skills among students. Datin Rosliza cited World Bank’s statistic, which stated that while Malaysian children receive 12 years of education, about 3 of those 12 years did not contribute to meaningful education. This, she said, combined with another World Bank statistic that outlined how Malaysian children only achieve 62% of their full potential, laid out the case for more effective teaching methods through PAK21.
During the Minister’s speech, Dr. Maszlee Malik acknowledged the ‘Hero Teachers’ role in producing holistic, value-driven students equipped with 21st century skills. He highlighted the World Economic Forum’s Future of Jobs report that stated 65% of primary school students today will be working in jobs that currently do not exist. He then further emphasized on the findings in the Khazanah Research Institute’s recent School-to-Work Transition of Young Malaysians report, where employers indicated
that young workers will have to embrace the idea of reskilling and upskilling themselves to stay relevant in the career scene. The Minister ended his speech with an encouragement for every teacher to adapt to the needs of the 21st century and outlined how everyone stands to win from these transformational shifts in education.

The launch gimmick witnessed the official campaign website being displayed and a video of the Key Opinion Leader of the campaign, Bront Palarae calling out to the Malaysian teachers to share their teaching experiences by joining the campaign. The event then witnessed Samuel Isaiah, an English teacher from SK Runchang, Pahang (a rural indigenous school), sharing his personal experiences of empowering his indigenous students with 21st century learning skills. He also urged teachers to form a supportive learning community that will further elevate the teaching profession and competition such as this will be a perfect platform to highlight exceptional teachers in the country.

Photo by: BERNAMA

 


Pentaksiran baharu Tahap 1 melalui didik libur, berteraskan pelajar

PUTRAJAYA 19 Dis. - Pentaksiran Tahap 1 yang akan dilaksanakan pada tahun depan melibatkan pelajar Tahun 1, 2 dan 3 bakal memperkukuhkan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) melalui kaedah pembelajaran secara didik libur (fun learning) dan berteraskan pelajar.

Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr. Amin Senin berkata, pelaksanaan pentaksiran baharu itu adalah bagi membina dan memperkukuh kemahiran asas 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul sebelum mereka melalui proses pembelajaran seterusnya.

"Murid-murid akan dinilai secara berterusan dalam pelbagai bentuk pentaksiran yang merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) iaitu dari aspek penilaian merangkumi pengetahuan, kemahiran dan nilai.

"Ini membolehkan ibu bapa mengetahui kekuatan dan kelemahan anak-anak seterusnya menentukan bentuk sokongan yang boleh diberikan," katanya kepada pemberita dalam satu sidang akhbar di sini hari ini.

Sementara itu, Amin menambah, pentaksiran baharu itu akan bertumpu kepada perkembangan pembelajaran murid atau berorientasikan pembelajaran dan tiada lagi penekanan kepada peperiksaan atau berorientasikan peperiksaan.

"Ini bermakna mulai tahun depan tiada lagi peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun dijalankan bagi murid Tahap 1.

"Ini di mana guru akan lebih memberi tumpuan mengajar dari aspek membina kemahiran karekter dan sahsiah murid serta membebaskan murid daripada tekanan belajar untuk peperiksaan malah akan mewujudkan budaya belajar yang lebih seronok dan bermakna," katanya.

Beliau memberitahu, guru boleh menggunakan pelbagai kaedah dalam menilai muridnya menerusi aktiviti-aktiviti seperti kuiz, permainan, main peranan, bercerita dan projek mudah.

Walau bagaimanapun jelasnya, guru-guru tetap tertakluk dengan pelaporan asas iaitu Pelaporan Perkembangan Pelajaran Murid yang memantau perkembangan murid berdasarkan skala-skala tertentu.

"Ibu bapa tidak perlu risau dengan penilaian berbentuk formatif kerana penaksiran seumpama itu telah lama dilaksanakan. Menerusi pentaksiran baharu ini, guru akan memberi fokus secara individu kepada perkembangan murid," katanya.

Di samping itu, Amin berkata, tiada keperluan pengasingan kelas untuk Tahap 1 secara kekal atau berterusan tetapi boleh dilaksanakan jika ia bersifat sementara dengan tujuan khusus untuk proses pemulihan murid.

"Pihak sekolah diberi autonomi untuk melaksanakan PdP serta PBD menerusi autonomi profesional dengan bimbingan jabatan pendidikan negeri dan pejabat pendidikan daerah (PPD)," katanya. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/pentaksiran-baharu-tahap-1-melalui-didik-libur-berteraskan-pelajar-1.807701#ixzz5aBUOOBFV 
© Utusan Melayu (M) Bhd 


Contact Us

Education Performance and Delivery Unit (PADU)
Level 3, Block E9, Complex E Precint 1
Federal Government Administrative Centre
62604 Putrajaya
Malaysia

03-88881001

03-88881146

info@padu.edu.my