Buka minda pelajar ceburi TVET

Buka minda pelajar ceburi TVET

Yayasan Pendidikan Cheras (YPC) dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Wilayah Bangsar dan Pudu Kuala Lumpur menganjurkan taklimat mengenai peluang serta potensi besar Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional Malaysia (TVET) di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Pengerusi YPC, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee berkata, taklimat itu dapat membantu pelajar memperoleh maklumat yang tepat dan lengkap mengenai peluang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET.

“Paling penting, taklimat itu dapat membuka minda pelajar mengenai kepentingan bidang TVET dalam melahirkan tenaga kerja mahir pada masa depan,” katanya dalam satu kenyataan menerusi e-mel baru-baru ini.

Taklimat itu disampaikan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Latihan, Jabatan Teknikal dan Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia, Sahanusi Ahmad dan Pengarah Kolej Vokasional Gombak, Nohana Mustapha.

Program taklimat khas itu melibatkan 250 pelajar tingkatan 3 sekolah-sekolah angkat YPC.

Dalam taklimat itu, peserta mendapat maklumat berkaitan prosedur permohonan, tempat belajar dan kursus-kursus yang ditawarkan.

 

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/pendidikan/buka-minda-pelajar-ceburi-tvet-1.667100#ixzz5FQv2Vajz
Gambar: Utusan Online

Contact Us

Education Performance and Delivery Unit (PADU)
Level 3, Block E9, Complex E Precint 1
Federal Government Administrative Centre
62604 Putrajaya
Malaysia

03-88881001

03-88881146

info@padu.edu.my